Saturday, April 14, 2012

Ranking Jatuh Lagi, FAM Tidak Panik.....???



Ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menunjukkan ranking Malaysia jatuh empat dan menghuni tangga ke 156 dunia. Senarai terbaru itu menyaksikan skuad Harimau Malaya berada pada kedudukan lebih rendah berbanding negara kurang maju seperti Bangladesh 152 dan Nepal 146. Selain itu, negara Palestin yang kita kenali sebagai negara yang bergolak dan kurang kemudahan asas bola sepak itu mampu menghuni tangga ke 153 dunia.



Laporan media menyebut skuad Harimau Malaya mencecah ranking terburuk apabila kini berada pada kedudukan ke-156 selepas jatuh empat anak tangga.Kedudukan tersebut disifatkan sebagai paling buruk berbanding kedudukan ke-148 Januari lalu, 150 pada Februari dan 152 bulan lepas.


Komen yang dibuat oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad semalam menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak.

 "Ranking Fifa adalah suatu perkara yang sangat teknikal dari segi perkiraan. Ia juga tidak ketara (kedudukan) berbanding pada 2007 dengan Malaysia ketika itu melebihi ranking 170. Namun kami sudah membuat perancangan untuk mengadakan perlawanan berstatus ‘A’".

"Selain menentang Sri Lanka (hujung bulan ini), kami juga berusaha mendapatkan Iraq. Malah Filipina turut mahukan perlawanan timbal balik namun tarikh akhir masih belum diputuskan kerana kita meminta 1 Jun berbanding 8 Jun yang mereka mahukan sedangkan ketika itu skuad negara menentang Singapura," kata Azzuddin.


Manakala Pengurus Skuad Kebangsaaan, Datuk Seri Subahan Kamal pula menyebut,

"Sepanyol di nombor satu dunia, namun mereka tidak semestinya terbaik. Malah Indonesia, Thailand, Vietnam pernah tewas kepada Malaysia namun ranking mereka lebih tinggi berbanding kita.


“Walaupun ranking jatuh kami yakin mampu mempertahan Piala AFF. Bukan kita tidak mahu menentang pasukan hebat namun jadual liga kita padat dengan aksi menentang Sri Lanka juga kita tidak boleh menurunkan barisan terbaik," katanya.


Apa yang diperkatakan oleh kedua-dua pegawai FAM itu lantas mendapat respon daripada Tan Sri Annuar Musa melalui laman sosial facebook miliknya berkata,




Manakala berikut adalah senarai ranking terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA Rabu lalu.







Pada pendapat penulis, ranking yang dikeluarkan oleh FIFA sangat penting kerana FAM ialah sebuah badan
yang bernaung di bawah FIFA. Jika kita tidak mementingkan ranking, bagaimana pasukan yang menduduki ranking top 50 dunia mahu bermain bersama kita dalam perlawanan persahabatan kerana mereka akan menganggap Malaysia yang menghuni ranking 156 dunia itu bukan lawan yang sebenar untuk mereka bermain.







FAM juga harus bersikap terbuka dalam setiap aspek terutamanya setiap kritikan yang dilontarkan oleh bekas-bekas pemain, jurulatih dan pegawai FAM sendiri kerana setiap kritikan itu mampu memberi suntikan semangat dan masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya bersedia untuk menghadapi perlawanan-perlawanan bertaraf antarabangsa pada masa akan datang.





#REVOLUSIKAN KEPIMPINAN FAM#

Wednesday, April 11, 2012

Kelantan belasah Arema


                                                     ***foto kredit kepada J Photography


Kelantan berjaya mempamerkan aksi terbaik mereka dalam saingan Piala AFC setelah menewaskan Arema FC di Stadium Gajayana petang semalam. Kelantan turun selaku pasukan pelawat mendahului tuan rumah seawal minit ke 15 setelah Muhammad Ghaddar dijatuhkan oleh pertahanan Arema ketika beliau menerima hantaran cantik oleh Zamri Ramli. Ghaddar tidak mensia-siakan peluang yang terhidang untuk menjarakkan kedudukan 1-0.


Kelebihan satu gol yang dimiliki Kelantan tidak bertahan lama apabila Roman Chamelo menjaringkan gol pertama Arema melalui tandukan hasil hantaran Legimin sekali gus mengikat Kelantan 1-1 sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.


Bersambung babak kedua, Arema lebih banyak menyerang ke kubu Kelantan namun kekebalan penjaga gol, Mohd Shahrizan Ismail wajar dipuji kerana mempamerkan aksi yang sangat cemerlang apabila berjaya menggagal setiap percubaan tepat yang dilakukan oleh penyerang Arema.


Beraksi dengan kelebihan seorang pemain digunakan sepenuhnnya oleh Kelantan setelah pemain Arema dilayangkan kad kuning kedua seterusnya menerima kad merah kerana mengasari pemain Kelantan. Penyerang Import Kelantan dari Lubnan, Ghaddar menjaringkan gol kedua peribadinya setelah melepasi empat pertahanan Arema dan terus menjaringkan gol cantik menewaskan penjaga gol Arema, Romanovs.


Ghaddar hampir mejaringkan dua gol lagi selepas itu namun ketangkasan penjaga gol Arema itu berjaya menidakkannya. Arema juga hampir menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan percuma dan larian solo serta situasi bola muntah tetapi Shahrizan menafikan untuk Arema menjaringkan gol penyamaan.


Ketika perlawanan hampir tamat, Zamri Ramli mengukuhkan kedudukan dengan menjaringkan gol ketiga Kelantan setelah menerima hantaran lintang dalam kotak penalti oleh Indra Putra Mahyuddin. Zamri Ramli menjadi pemain dari Kelantan yang pertama menjaringkan gol dalam saingan Piala AFC 2012. Kemenangan tersebut menyaksikan Kelantan berkongsi mata dengan Navibank Saigon yang hanya dipisahkan dengan gol bolos.



#SYABAS KELANTAN#

Arsenal berkunjung ke Malaysia lagi....




Arsenal Football Club gembira untuk mengumumkan bahawa skuad pasukan pertama sekali lagi akan ke Malaysia untuk bermain perlawanan di Kuala Lumpur pada bulan Julai.

The Gunners akan melawat bagi tahun kedua berturut-turut, berikutan musim panas Asia pelancongan mereka yang berjaya pada bulan Julai 2011, di mana Kelab yang dimainkan perlawanan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Hangzhou, China.

Selepas tiba di Kuala Lumpur, skuad pertama-pasukan akan mengambil bahagian dalam sesi latihan terbuka di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada hari Isnin, 23 Julai, satu majlis yang dihadiri oleh lebih 30,000 orang pada tahun lepas.

Pada Selasa, Julai 24, Arsenal akan bermain perlawanan menentang XI Malaysia, sekali lagi di Bukit Jalil Stadium, Kuala Lumpur, bermula 9:45 waktu tempatan.

Lawatan ke Malaysia adalah perlawanan pertama Tour Arsenal 2012. Selepas perlawanan di Kuala Lumpur, Gunners akan perjalanan ke China untuk bermain menentang Manchester City di Beijing pada hari Jumaat, 27 Julai. Pasukan itu kemudiannya akan melawat Hong Kong untuk perlawanan menentang Kitchee FC pada hari Ahad, 29 Julai.



Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis berkata: "Lanjutan kepada kejayaan besar lawatan ke Kuala Lumpur pada tahun 2011, semua yang dikaitkan dengan Arsenal sangat teruja untuk sekali lagi akan melawat Malaysia tahun ini.

"Kami gembira bahawa ramai peminat setia kami di Malaysia dan daerah jiran akan sekali lagi mempunyai peluang untuk melihat pasukan mereka dalam tindakan hidup. Kami mempunyai masa yang hebat di Malaysia tahun lepas dan kita semua berharap untuk melawat negara ini yang besar dan memenuhi orang indah sekali lagi pada bulan Julai. "

Tuesday, April 10, 2012

Arema FC lwn Kelantan FA




Kelantan bakal turun sekali lagi dalam aksi Piala AFC menentang Arema FC Indonesia petang ini di Stadium Gajayana, Malang. Dalam aksi pusingan pertama di Kota Bharu Rabu lepas, Kelantan berjaya menewaskan Arema FC di gelanggang sendiri setelah penyerang import mereka Muhammad Ghaddar.


Berbekalkan kemenangan 3-0 di Kota Bharu, Kelantan dilihat mampu untuk menewaskan Arema FC  di gelanggang lawan  sekali lagi petang ini. Turun tanpa Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi yang mengalami kecederaan ketika menjalani latihan semalam, tugas selaku Ketua Pasukan akan digalas oleh Shakir Shaari.


Penulis percaya Kelantan mampu untuk meraih kemenangan di Malang petang ini.



#GOMO KELATE GOMO#

Wednesday, March 7, 2012

Arsenal Tersingkir...



Walaupun berjaya menewaskan AC Milan di gelanggang sendiri namun itu masih belum cukup untuk melayakkan Arsenal ke peringkat lapan pasukan terbaik (suku akhir).


Arsenal memulakan perlawanan dengan penuh keyakinan apabila pertahanan tengah,Laurent Koscielny menjaringkan gol pertama pada minit ketujuh setelah menanduk sepakan sudut yang disempurnakan oleh Oxlade-Chamberlain.


Van Persie pula telah menyaksikan percubaannya dari sudut ketat diselamatkan sebelum Kieran Gibbs diberi kad kuning setelah mengasari Stephan El Shaarawy yang membuat penampilan pertama dalam kejohanan itu pada usia 19 tahun.

Arsenal menyerang lagi dan percubaan Van Persie dari jauh pada minit ke 18 diselamatkan lagi oleh Christian Abbiati.

Barisan pertahanan Milan diatasi lagi pada minit ke 25 apabila Theo Walcott memecut lepas di sayap kanan dan memberi hantaran yang ditendang keluar oleh Thiago Silva tetapi Rosicky merampasnya dan merembat masuk gol kedua pasukannya.

Stadium Emirates kini dibanjiri dengan sorakkan untuk Wenger meneruskan usahanya - walaupun para penyokong Gunners yang sebelum ini memberi kritikan kepada pengurus Perancis itu.
Oxlade-Chamberlain kemudia memecut lepas dari sayap kanan dan menggelecek dalam kotak sebelum dikasari oleh kedua-dua Antonio Nocerino dan Djamel Mesbah.

Pengadil Slovakia Damir Skormina mengambil masanya tetapi akhirnya memberi isyarat untuk tendangan penalti, yang telah diambil dengan tenang oleh Van Persie untuk jaringan gol ke 32 musim ini.
Hanya satu gol dari Milan cukup untuk menjamin tempat di pusingan seterusnya dan peluang terbaik jaruh kepada El Shaarawy sebelum masa rehat apabila mendapat ruang luas di sayap kanan tetapi tendangannya jauh dari sasaran.

Arsenal telah mula separuh masa kedua dengan gerakkan serangan tetapi Milan kini telah meningkatkan permainan dan Alex Song telah diberi kad kuning setelah mengasari Zlatan Ibrahimovich.

Gervinho kemudian menggelecek bola ke bahagian kiri kotak Milan dan memberi rembatan yang terpesong dari kaki Abbiati sebelum Van Persie membuat percubaan yang diselamatkan dengan senang oleh penjaga gol itu.

Walcott kelihatan telah mengalami kecederaan dan digantikan pemain Korea Park Chu-young tetapi Arsenal tidak mampu mereka dua lagi peluang yang diperlukan untuk mara ke pusingan suku akhir.

Walaubagaimanapun Pengurus Arsenal tetap memuji aksi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya malam tadi kerana berjaya mempamerkan aksi yang lebih baik berbanding perlawanan pertama di San Siro, Milan Februari lalu.

Pertunjukkan yang amat padat dengan aksi dalam separuh masa pertama itu tidak dapat diteruskan dalam separuh masa kedua dengan Van Persie terlepas sasaran dari jarak dekat.
“Mereka sepatutnya bangga dengan prestasi mereka. Pasukan ini mempunyai semangat yang amat baik dan telah meningkatkan permainan dari perlawanan pertama, malangnya kami tersingkir.Kami terjejas perlawanan pertama yang amat buruk. Walauapapun kami telah berusaha dengan baik. Itulah yang terbaik yang kami boleh buat, memberi segalanya dan menerima keputusannya.” kata Wenger ketika ditemubual oleh Sky Sports sejurus tamat perlawanan.


Arsenal kehilangan Aaron Ramsey dan Mikel Arteta dalam midfield dan telah menyertakan Alex Oxlade-Chamberlain.
“Kami memerlukan lebih pilihan di bahagian midfield dan bangku gantian kami amat terhad. Kami terlalu penat dalam separuh masa kedua, kami perlu mengawal bola dengan cara yang lebih baik. Kami lebih penat dan saya yakin kami dapat menjaringkan dua atau tiga gol lagi jika kami mempunyai pasukan yang penuh.”


Kelantan Mahu Pamerkan Aksi Terbaik...




Pendahulu Liga Super, Kelantan bakal turun pada saingan pembuka tirai Piala AFC menentang Navibank Saigon dari Vietnam malam esok, tanpa kelibat sekurang-kurangnya 5 pemain utama, tatkala Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak tidak meletak sebarang sasaran besar untuk pasukannya.

Bojan, jurulatih kelahiran Croatia, akur beliau terpaksa melupakan khidmat dua pemain, S.Subramaniam dan Indra Putra Mahyuddin yang menyertai senarai kecederaan bersama Norshahrul Idlan Talaha dan Aziz Ismail, manakala pemain pertahanan kental, Daudsu Jamaludin pula diberi rehat selepas terbabit dalam kemalangan di Kota Bharu.

“Kita mungkin pendahulu liga, namun saya mahu mengingatkan setiap perlawanan yang diharungi adalah sukar buat kita, pemain berikan komitmen 200%, dalam AFC, ia suatu yang berbeza, tiada siapa mahu meletakkan harapan tinggi, tiada siapa mengharapkan keajaiban, saya cuma mahu pemain saya main rileks, tenang, tunjukkan permainan lebih berkualiti berbanding menentang Negeri Sembilan dua hari lalu..”.

“Keadaan Subra tidaklah teruk, dia sudah ok, tapi untuk bermain malam esok pastinya tidak, dia perlu berehat, dan kita juga akan turun tanpa Daudsu, dia mengalami kemalangan di Kota Bharu semalam, isterinya cedera, dia ok, tidak cedera tapi saya rasa adalah elok untuk memberikannya rehat beberapa hari agar keadaan kembali normal, kalau saya turunkan juga dia mungkin fikirannya lari dan dia tidak dapat fokus pada game..”. – Bojan Hodak.

Tanpa Subra dan Daudsu, posisi pertahanan tengah hampir pasti diisi Farisham Ismail ataupun Rizal Fahmi Rosid, manakala Zamri Ramli mungkin diberi peluang membuktikan kredibilitinya di posisi Daudsu.

Bojan juga tidak menganggap beraksi perlawanan sendiri di luar Kota Bharu – Stadium Nasional Bukit Jalil – sebagai suatu kerugian, kerana berpendapat Kelantan masih mempunyai penyokongnya dari sekitar Lembah Klang, malah beliau juga yakin penyokong bolasepak tempatan akan turut memberi sokongan kepada Kelantan.

Ditanya mengenai pemain import yang akan diturunkan, Bojan berkata beliau mempunyai pilihan 3+1 untuk diturunkan iaitu di antara Dennis Antwi, Mahmoud Ghaddar, Nwoha Onyekachi dan Obina.

Bagi kapten pasukan, Badri Razi yang bakal menjadi kapten pertama Kelantan memimpin pasukan itu beraksi di saingan peringkat benua, beliau berbangga dengan pencapaian hebat ini, dan berharap perjuangan Kelantan tidak ternoktah di babak awal saingan dan mahu TRW mengorak langkah lebih jauh dalam saingan AFC ini.

Terengganu Mula Langkah Kanan....




Pasukan dari Pantai Timur, Terengganu FA memulakan saingan Piala AFC Kumpulan F dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Juara Liga Super Vietnam, Song Lam Nghe An (SLNA) 1-0 di
Stadium Vinh.


Gol tunggal dan juga gol kemenangan Terengganu dijaringkan oleh Abdul Manaf Mamat pada minit ke 51setelah berjaya menwasakan penjaga gol SLNA Tran Nguyen Manh.