Wednesday, March 7, 2012

Arsenal Tersingkir...



Walaupun berjaya menewaskan AC Milan di gelanggang sendiri namun itu masih belum cukup untuk melayakkan Arsenal ke peringkat lapan pasukan terbaik (suku akhir).


Arsenal memulakan perlawanan dengan penuh keyakinan apabila pertahanan tengah,Laurent Koscielny menjaringkan gol pertama pada minit ketujuh setelah menanduk sepakan sudut yang disempurnakan oleh Oxlade-Chamberlain.


Van Persie pula telah menyaksikan percubaannya dari sudut ketat diselamatkan sebelum Kieran Gibbs diberi kad kuning setelah mengasari Stephan El Shaarawy yang membuat penampilan pertama dalam kejohanan itu pada usia 19 tahun.

Arsenal menyerang lagi dan percubaan Van Persie dari jauh pada minit ke 18 diselamatkan lagi oleh Christian Abbiati.

Barisan pertahanan Milan diatasi lagi pada minit ke 25 apabila Theo Walcott memecut lepas di sayap kanan dan memberi hantaran yang ditendang keluar oleh Thiago Silva tetapi Rosicky merampasnya dan merembat masuk gol kedua pasukannya.

Stadium Emirates kini dibanjiri dengan sorakkan untuk Wenger meneruskan usahanya - walaupun para penyokong Gunners yang sebelum ini memberi kritikan kepada pengurus Perancis itu.
Oxlade-Chamberlain kemudia memecut lepas dari sayap kanan dan menggelecek dalam kotak sebelum dikasari oleh kedua-dua Antonio Nocerino dan Djamel Mesbah.

Pengadil Slovakia Damir Skormina mengambil masanya tetapi akhirnya memberi isyarat untuk tendangan penalti, yang telah diambil dengan tenang oleh Van Persie untuk jaringan gol ke 32 musim ini.
Hanya satu gol dari Milan cukup untuk menjamin tempat di pusingan seterusnya dan peluang terbaik jaruh kepada El Shaarawy sebelum masa rehat apabila mendapat ruang luas di sayap kanan tetapi tendangannya jauh dari sasaran.

Arsenal telah mula separuh masa kedua dengan gerakkan serangan tetapi Milan kini telah meningkatkan permainan dan Alex Song telah diberi kad kuning setelah mengasari Zlatan Ibrahimovich.

Gervinho kemudian menggelecek bola ke bahagian kiri kotak Milan dan memberi rembatan yang terpesong dari kaki Abbiati sebelum Van Persie membuat percubaan yang diselamatkan dengan senang oleh penjaga gol itu.

Walcott kelihatan telah mengalami kecederaan dan digantikan pemain Korea Park Chu-young tetapi Arsenal tidak mampu mereka dua lagi peluang yang diperlukan untuk mara ke pusingan suku akhir.

Walaubagaimanapun Pengurus Arsenal tetap memuji aksi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya malam tadi kerana berjaya mempamerkan aksi yang lebih baik berbanding perlawanan pertama di San Siro, Milan Februari lalu.

Pertunjukkan yang amat padat dengan aksi dalam separuh masa pertama itu tidak dapat diteruskan dalam separuh masa kedua dengan Van Persie terlepas sasaran dari jarak dekat.
“Mereka sepatutnya bangga dengan prestasi mereka. Pasukan ini mempunyai semangat yang amat baik dan telah meningkatkan permainan dari perlawanan pertama, malangnya kami tersingkir.Kami terjejas perlawanan pertama yang amat buruk. Walauapapun kami telah berusaha dengan baik. Itulah yang terbaik yang kami boleh buat, memberi segalanya dan menerima keputusannya.” kata Wenger ketika ditemubual oleh Sky Sports sejurus tamat perlawanan.


Arsenal kehilangan Aaron Ramsey dan Mikel Arteta dalam midfield dan telah menyertakan Alex Oxlade-Chamberlain.
“Kami memerlukan lebih pilihan di bahagian midfield dan bangku gantian kami amat terhad. Kami terlalu penat dalam separuh masa kedua, kami perlu mengawal bola dengan cara yang lebih baik. Kami lebih penat dan saya yakin kami dapat menjaringkan dua atau tiga gol lagi jika kami mempunyai pasukan yang penuh.”


Kelantan Mahu Pamerkan Aksi Terbaik...




Pendahulu Liga Super, Kelantan bakal turun pada saingan pembuka tirai Piala AFC menentang Navibank Saigon dari Vietnam malam esok, tanpa kelibat sekurang-kurangnya 5 pemain utama, tatkala Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak tidak meletak sebarang sasaran besar untuk pasukannya.

Bojan, jurulatih kelahiran Croatia, akur beliau terpaksa melupakan khidmat dua pemain, S.Subramaniam dan Indra Putra Mahyuddin yang menyertai senarai kecederaan bersama Norshahrul Idlan Talaha dan Aziz Ismail, manakala pemain pertahanan kental, Daudsu Jamaludin pula diberi rehat selepas terbabit dalam kemalangan di Kota Bharu.

“Kita mungkin pendahulu liga, namun saya mahu mengingatkan setiap perlawanan yang diharungi adalah sukar buat kita, pemain berikan komitmen 200%, dalam AFC, ia suatu yang berbeza, tiada siapa mahu meletakkan harapan tinggi, tiada siapa mengharapkan keajaiban, saya cuma mahu pemain saya main rileks, tenang, tunjukkan permainan lebih berkualiti berbanding menentang Negeri Sembilan dua hari lalu..”.

“Keadaan Subra tidaklah teruk, dia sudah ok, tapi untuk bermain malam esok pastinya tidak, dia perlu berehat, dan kita juga akan turun tanpa Daudsu, dia mengalami kemalangan di Kota Bharu semalam, isterinya cedera, dia ok, tidak cedera tapi saya rasa adalah elok untuk memberikannya rehat beberapa hari agar keadaan kembali normal, kalau saya turunkan juga dia mungkin fikirannya lari dan dia tidak dapat fokus pada game..”. – Bojan Hodak.

Tanpa Subra dan Daudsu, posisi pertahanan tengah hampir pasti diisi Farisham Ismail ataupun Rizal Fahmi Rosid, manakala Zamri Ramli mungkin diberi peluang membuktikan kredibilitinya di posisi Daudsu.

Bojan juga tidak menganggap beraksi perlawanan sendiri di luar Kota Bharu – Stadium Nasional Bukit Jalil – sebagai suatu kerugian, kerana berpendapat Kelantan masih mempunyai penyokongnya dari sekitar Lembah Klang, malah beliau juga yakin penyokong bolasepak tempatan akan turut memberi sokongan kepada Kelantan.

Ditanya mengenai pemain import yang akan diturunkan, Bojan berkata beliau mempunyai pilihan 3+1 untuk diturunkan iaitu di antara Dennis Antwi, Mahmoud Ghaddar, Nwoha Onyekachi dan Obina.

Bagi kapten pasukan, Badri Razi yang bakal menjadi kapten pertama Kelantan memimpin pasukan itu beraksi di saingan peringkat benua, beliau berbangga dengan pencapaian hebat ini, dan berharap perjuangan Kelantan tidak ternoktah di babak awal saingan dan mahu TRW mengorak langkah lebih jauh dalam saingan AFC ini.

Terengganu Mula Langkah Kanan....




Pasukan dari Pantai Timur, Terengganu FA memulakan saingan Piala AFC Kumpulan F dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Juara Liga Super Vietnam, Song Lam Nghe An (SLNA) 1-0 di
Stadium Vinh.


Gol tunggal dan juga gol kemenangan Terengganu dijaringkan oleh Abdul Manaf Mamat pada minit ke 51setelah berjaya menwasakan penjaga gol SLNA Tran Nguyen Manh.

Wednesday, February 1, 2012

Senarai Pemain Yang Terpilih...




Jurulatih Skuad Olimpik Kebangsaan, Ong Kim Swee menyenaraikan 21 orang pemain untuk dibawa ke Manama, Bahrain untuk perlawanan menentang Bahrain pada 5 Februari nanti.  Berikut adalah senarai pemain yang terpilih untuk dibawa ke sana:-


Penjaga Gol:-
-Khairul Fahmi Che Mat (K)
-Izham Tarmizi Roslan

Pertahanan:-
-Mahali Jasuli
-Afizie Faisal
-Muslim Ahmad
-Wan Amirzafran
-Amer Saidin
-Zubir Azmi

Tengah:-
-Irfan Fazail
-K.Gurusamy
-Gary Steven Robbat
-Nazmi Faiz Mansor

Sayap:-
-Fandi Othman
-Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
-Wan Zack Haikal
-Azizan Nordin

Penyerang:-
-Shakir Ali
-Ahmad Hazwan Bakri
-Fakri Saarani
-Azrif Nasrulhaq


Selain itu, Kim Swee juga menggugurkan empat pemain daripada 25 pemain yang mengikuti latihan pusat antaranya ialah Izuan Solahuddin, Syahrul Azwari, Shahril Shaari dan Shazwan Tajuddin. Mereka akan bertolak ke Bahrain pada malam ini kerana Kim Swee mahu anak-anak buahnya menyesuaikan diri dengan cuaca dan persekitaran di sana.




-SELAMANYA SOKONG MALAYSIA-

Sunday, January 29, 2012

Khyril Akhiri Kemarau 422 minit....

Mohd Khyril Muhymeen Zambri


Khyril mengakhiri kemarau gol Kedah apabila menjaringkan gol pertama untuk pasukannya setelah pasukan dari utara itu kemarau tanpa jaringan selama 422 minit sejak sepak mula Liga Super 2012 bermula. Khyril atau lebih mesra dipanggil Meen dikalangan rakan sepasukan menjaringkan gol pertama itu ketika pasukan Kedah tewas 1-3 kepada Johor FC di Stadium Darul Aman pada minit ke-82.


Kedah sekarang berada di tangga kedua tercorot selepas mengalami tiga kekalahan dan dua keputusan seri dalam lima perlawanan liga setakat ini. Pada pendapat penulis, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) harus menekan butang panik kerana pasukan yang lebih dikenali dengan jolokan Hijau Kuning ini perlu melakukan sesuatu jika mahu terus bersaing dalam Liga Super untuk musim depan. Satu gol berjaya dihasilkan sejak saingan liga bermula bermakna Kedah memerlukan seorang penyerang yang benar-benar berkualiti untuk melakukan penyudah di depan gol.




=LIGA KITA WAJAH KITA=
-SUPPORT YOUR LOCAL FOOTBALL-

Saturday, January 14, 2012

Chong Wei ke Final Lagi...


Lee Chong Wei



Pemain perseorangan lelaki negara, Dato Lee Chong Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2012 setelah menewaskan  pemain dari China, Chen Long di peringkat separuh akhir sebentar tadi.


Chong Wei mengambil masa selama satu jam 15 minit untuk menewaskan Chen Long dalam perlawanan penentuan yang berkesudahan beliau menang 21-17,17-21 dan 21-13. Walaupun berjaya mendahului pada set pertama, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan Chong Wei berjaya dihidu oleh Chen Long. Namun beliau berjaya menamatkan set pertama dengan 21-17.


Pada set kedua, Lee Chong Wei dilihat banyak memberi mata kepada lawannya setelah beliau nampak kurang selesa untuk bermain di depan jaring. Set kedua berkesudahan Chen Long menang 21-17. Pemain dari Tanah Besar China itu berjaya mengheret Chong Wei ke set penentuan dan beliau berjaya memanfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh Chen Long dengan bermain jumping smash secara bersilang ternyata gagal dibaca oleh pemain dari China itu. Akhirnya berbekalkan sorakan dan sokongan padu penonton yang berada di Stadium Putra Bukit Jalil, Chong Wei mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan 21-13.


Chong Wei akan turun menentang pemain dari Jepun, Kenichi Tago setelah menang percuma ke atas Chen Jin pada perlawanan separuh akhir. Jika Lee Chong Wei menang ke atas Tago esok, bermakna beliau akan mempertahankan kejuaraan yang di menangi beliau di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang kelapan dalam kariernya.




CHONG WEI BOLEH!!!

Sunday, December 4, 2011

Dokumentari Khas Harimau Malaya...



Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh pasukan Harimau Malaya mula mendapat perhatian ramai pihak. Bulan lepas, kejayaan mempertahankan EMAS Acara Bola Sepak Sukan SEA Indonesia baru-baru ini merupakan kejayaan yang sangat manis untuk dikenang oleh semua pihak terutamanya pemain dan pihak pengurusan.


Untuk membukukan kenangan tersebut, sebuah program yang bercorak kepada dokumentari, Majalah 3 TV3 semalam telah menyiarkan sebuah dokumentari untuk tatapan khas para pencinta bola sepak tempatan.
Membawa tajuk '' Sang Belang'' pastinya ia menjadi sebuah dokumentari yang menarik untuk ditonton. Dokumentari yang berdurasi 43:09 memaparkan saat manis penalti Baddrol menerjah jaring, temubual dengan Jurulatih Pasukan Harimau Muda, Ong Kim Swee bersama-sama para pemain, penalti yang diambil oleh Fakri berjaya ditepis dan para penyokong yang menggelarkan mereka sebagai ULTRAS MALAYA.


Untuk tontonan anda semua....