foto kredit kpd Dunia Sukan Online
Kitchee FC dan Terengganu berjaya ke pusingan kedua Piala AFC selepas mendapatkan keputusan yang baik menentang lawan masing-masing dalam Kumpulan F.
Juara Hong Kong itu seri 0-0 dengan Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar Singapura sementara Terengganu membelasah Song Lam Nghe An dari Vietnam 6-2 di Stadium Sultan Ismail, Kuala Terengganu.
Francis Doe menjaringkan hatrik pada minit ke-12, 34 dan 71 sementara gol yang lain dijaringkan oleh Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit keenam, Abdul Hadi Yahya pada minit ke-36 dan Joseph Kalang Tie pada minit ke-86.
Phan Van Quyen dan Van Binh menjaringkan gol untuk pasukan pelawat pada minit ke-28 dan minit ke-84.
Pendahulu kumpulan, Kitchee dan Terengganu mempunyai 10 dan 9 mata masing-masing. Tampined Rovers di tempat ketiga dengan lima mata manakala Song Lam dengan empat mata.
Kitchee dan Terengganu akan bertemu untuk tempat pertama kumpulan pada 9 Mei di Hong Kong.
No comments:
Post a Comment