Saturday, June 30, 2012

Kelantan Kembali Terajui Takhta Liga Super...


foto kredit kepada J Photography
Kelantan kembali menduduki tempat teratas takhta Liga Super selepas membenam Selangor 1-0 di gelanggang keramat mereka di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat. Pasukan yang diberi jolokan The Red Warriors ini membuka tirai jaringan pada minit ke 25 setelah Muhammad Ghaddar menanduk masuk bola hasil sepakan sudut Norfarhan Mohamad.

Tiga minit kemudian, Norfarhan mencipta satu lagi peluang untuk Kelantan dari satu lagi sepakan sudut, tetapi percubaan Daudsu Jamaludin terkena palang.

Selangor cuba untuk bangkit di separuh masa kedua tetapi tidak dapat menebus benteng pertahanan kukuh Red Warriors.

Kelantan hampir-hampir menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke-62 tetapi rembatan Indra Putra Mahyuddin ditepis oleh penjaga gawang Selangor.

Keputusan itu bermakna pasukan Bojan Hodak akhirnya bergerak ke atas LIONSXII di tempat pertama di kedudukan Liga Super, dengan dua perlawanan dalam tangan.

Pada perlawanan semalam juga menyaksikan beberapa aksi kekasaran yang tidak sepatutnya berlaku dalam permainan bola sepak. Insiden tersebut menyaksikan penyerang import Kelantan dari Lubnan, Ghaddar menjadi mangsa kekasaran oleh pemain Selangor.

Penulis berharap insiden seperti itu mendapat perhatian sepenuhnya oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana kita tidak mahu insiden seperti itu berulang lagi pada masa akan datang.

Friday, June 29, 2012

Itali Singkirkan Jerman Untuk ke Akhir EURO 2012



Juara Piala Dunia 2006, Itali menyingkirkan pasukan pilihan kedua EURO 2012 untuk ke perlawanan akhir setelah menewaskan Jerman 2-1 dalam perlawanan Separuh Akhir Dua EURO 2012 di Stadium Nasional, Warsaw awal pagi tadi.

Jerman yang mendominasi 20 minit pertama perlawanan tersentak apabila penyerang Itali, Mario Balotelli menanduk masuk bola hantaran silang Antonio Cassano pada minit ke 20 setelah berjaya melepasi pertahanan Jerman di sebelah kiri.

Penyerang Manchester City itu menjaringkan gol kedua beliau dan pasukannya 16 minit kemudian apabila beliau melepasi perangkap ofsaid benteng pertahanan Jerman untuk menerima hantaran hebat Riccardo Montolivo dan kemudian merembat bola melepas penjaga gawang jerman Manuel Neuer yang tidak dapat membuat apa-apa.

Jerman membuat dua penukaran di separuh masa kedua dengan Miroslav Klose dan Marco Reus menggantikan Mario Gomez dan Lukas Podolski untuk cuba bangkit.

Tetapi Itali yang mempunyai lebih banyak peluang baik untuk menjaringkan lebih gol, terutama sekali melalui Claudio Marchisio dan Antionio Di Natale. Jaringan Federico Balzaretti juga tidak dibenarkan akibat ofsaid.

Penjaga gawang dan ketua pasukan mereka Gianluigi Buffon juga memberikan persembahan yang hebat untuk menyelamatkan pasukannya beberapa kali, terutama sekali di saat-saat akhir perlawanan apabila beliau menepis sepakan percuma pemain gantian Jerman Marco Reus.

Tetapi beliau tidak dapat membuat apa-apa untuk menyelamatkan sepakan penalti Mesut Ozil di masa tambahan, yang diberikan selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Lenoardo Bonucci di dalam kotak penalti.

Jurulatih Jerman Joachim Low tentu akan kecewa dengan persembahan pasukannya, yang tidak menujukkan prestasi biasa mereka dan kini harus tunggu lagi empat tahun untuk memenangi kejohanan yang mereka belum memenangi sejak tahun 1996.

Tuesday, June 12, 2012

Ukraine Atasi Sweden


Perancis Ikat England

Perancis hanya mampu seri dengan England walaupun mereka menguasai besar perlawanan tersebut. Gol England dijaringkan oleh Lescott manakala gol Perancis dijaringkan oleh Samir Nasri sleang tiga minit selepas Lescott menjaringkan gol.

Samir Nasri meraikan gol penyamaannya bersama rakan sepasukan Karim Benzema.
Joleon Lescott meraikan gol pertama England selepas menjaringkan gol melalui tandukan.

Thursday, April 26, 2012

Peteh ke Pusingan Kedua Piala AFC

                                                   foto kredit kpd Dunia Sukan Online



Kitchee FC dan Terengganu berjaya ke pusingan kedua Piala AFC selepas mendapatkan keputusan yang baik menentang lawan masing-masing dalam Kumpulan F.

Juara Hong Kong itu seri 0-0 dengan Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar Singapura sementara Terengganu membelasah Song Lam Nghe An dari Vietnam 6-2 di Stadium Sultan Ismail, Kuala Terengganu.

Francis Doe menjaringkan hatrik pada minit ke-12, 34 dan 71 sementara gol yang lain dijaringkan oleh Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit keenam, Abdul Hadi Yahya pada minit ke-36 dan Joseph Kalang Tie pada minit ke-86.

Phan Van Quyen dan Van Binh menjaringkan gol untuk pasukan pelawat pada minit ke-28 dan minit ke-84.

Pendahulu kumpulan, Kitchee dan Terengganu mempunyai 10 dan 9 mata masing-masing. Tampined Rovers di tempat ketiga dengan lima mata manakala Song Lam dengan empat mata.

Kitchee dan Terengganu akan bertemu untuk tempat pertama kumpulan pada 9 Mei di Hong Kong.

Tiada Lagi LIONSXII bwh28 Untuk Musim Depan



Pasukan Singapura, LIONSXII yang kini dengan pemain Bawah-28 mungkin harus beraksi dengan skuad Bawah 23 tahun dalam Liga Malaysia pada musim depan.

LIONSXII kini menduduki tempat teratas Liga Super Malaysia dan merupakan antara pesaing hebat 14 pasukan dalam Liga.

Tetapi pasukan bimbingan V Sundramoorthy itu mungkin akan mengalami perubahan pada tahun 2013.

Akhbar Today melaporkan, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap pasukan dari Singapura itu akan kembali ke pasukan Bawah-23 pada tahun depan dengan kemungkinan dua pemain lebih berumur disertakan dalam pasukan itu.

"Saya harap LIONSXII akan kekal dengan peraturan Bawah-23 tahun depan. Mungkin paling banyak, dua pemain senior dibenarkan dalam pasukan disebabkan latihan Khidmat Negara. Saya mahu melihat pasukan LIONSXII yang kuat dalam pertandingan ini kerana pasukan MSL yang lain turut mempunyai pemain import," kata Tengku Abdullah kepada Today.

Komen Tengku Abdullah itu dinyatakan dalam temuramah Today bersama baginda minggu lepas setelah beberapa aduan dari pasukan di Malaysia tentang rancangan awal Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dengan FAM yang menetapkan pasukan kebangsaan Bawah-23 kedua-dua negara disertakan dalam Liga masing-masing.

Oleh kerana latihan Khidmat Negara yang perlu dilalui oleh kebanyakan pemain di Singapura, FAS dibenarkan untuk menyertakan pasukan Bawah-28.

Jurulatih Sundram memberitahu Today semalam: "Jika peraturan Bawah-23 diwajibkan kita akan kehilangan separuh dari pasukan dan harus membina pasukan semula tahun depan. Tetapi FAM yang menetapkan peraturan, jadi kami harus menghormati itu,"

"Walaupun kita masih ikut peraturan Bawah-28 tahun depan, kami akan tetap kehilangan pemain seperti Shahril Ishak, Baihakki Khaizan, Juma'at Jantan, Khairul Amri, Sevki Sha'ban dan Agu Casmir. Tidak mudah untuk menggantikan mereka, tetapi kami akan cuba. Jika peraturannya adalah Bawah-23, tugas kami lebih berat."

Sebagai respon terhadap komen Tengku Abdullah itu, Presiden FAS, Zainudin berkata kepada Today: "Ia sepatutnya situasi yang adil kepada kedua-dua belah pihak. Ia untuk perkembangan pasukan dan kami juga mesti menambahkan nilai dalam kedua-dua liga dengan pasukan yang berdaya saing.

"Saya dan Tengku Abdullah telah bersetuju ia sesuatu yang merugikan untuk menghantar pasukan yang lemah dalam liga masing-masing.

"Baginda juga tahu beberapa pemain tidak boleh ke tempat lawan disebabkan latihan Khidmat Negara dan baginda tidak mahu pasukan LIONSXII yang lebih lemah, jadi kami bersetuju untuk menyertakan beberapa pemain senior."

Walaubagaimanapun, Zainudin memberitahu bahawa FAS dan FAM akan mengadakan perbincangan tentang perkara ini secepat mungkin.

Real Tersungkur, Bayern ke Final...



Bayern Munich akan bertemu Chelsea pada akhir Liga Juara Juara bulan depan selepas menewaskan Real Madrid 3-1 dalam sepakan penalti.

Perlawanan ditamatkan dengan keputusan 2-1 di Bernabeu selepas masa tambahan yang meletakkan agregat 3-3 dan terus ke sepakan penalti.

Bastian Schweinsteiger menjaringkan penalti kemenangan selepas Manuel Neuer meyelamatkan dua sepakan penalti oleh Cristiano Ronaldo dan Kaka.

David Alaba dan Mario Gomez berjaya meledak penalti mereka dan Bayern dalam kawalan sepakan penalti itu tetapi Real masih selamat apabila Iker Casillas menghalang sepakan penalti Toni Kroos dan Philipp Lahm.

Namun, selepas sepakan Sergio Ramos terkena tiang, Schweinsteiger yang tenang merembat terus penaltinya dan membawa Bayern ke akhir Liga Juara Juara buat pertama kali dalam tiga tahun.

Real telah memusnahkan kekalahan 2-1 mereka pada perlawanan pertama dalam masa lima minit apabila sepakan Angel Di Maria terkena tangan Alaba dan Cristiano Ronaldo kemudiannya menjaringkan penalti.

Pasukan pelawat memberi respon yang positif dan sepatutnya telah menyamai kedudukan beberapa minit selepas itu apabila Alaba hampir mendapat sepakan penalti tetapi Arjen Robben telah menghantar bola keluar.

Keletihan jelas dilihat pada pasukan tuan rumah apabila masa tambahan bermula dan itu telah memberi kesan terhadap persembahan mereka.

Real juga telah menuntut penalti yang ketiga tetapi tidak berjaya. Dan keputusan itu terbukti penting apabila Ronaldo, Kaka dan Ramos semuanya gagal menjaringkan penalti dan membenarkan Bayern ke akhir pada 19 Mei.



Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho menyalahkan perlawanan El Classico ketika menentang Barcelona Sabtu lalu sebagai punca keletihan anak-anak buahnya untuk menghadapi perlawanan Separuh Akhir Kedua semalam.

Pasukan Sepanyol itu yang kalah 2-1 dalam perlawanan pertama telah mendapat kelebihan 2-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua sebelum dalam 15 minit dari jaringan Cristiano Ronaldo tetapi Bayern telah menyamakan kedudukan dari tendangan penalti Arjen Robben dalam 30 minit.

Kedua-dua pasukan tidak dapat memecahkan kebuntuan keputusan agregat walaupun bermain dalam masa kecederaan dan akhirnya masuk ke peringkat penalti di mana Ronaldo, Kaka dan Sergio Ramos semua gagal menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah dan Bastian Schweinsteiger merembat masuk gol penalti kemenangan yang bermak Bayern akan menghadapi Chelsea pada 19 Mei di padang sendiri untuk pertama kali dalam sejarah Liga Juara-Juara.

Mourinho percaya yang keletihan daripada mengalahkan Barca pada hari Sabtu telah menjejas pasukannya sementara Bayern mampu merehatkan beberapa pemain penting dalam kemenangan 2-1 ke atas Werder Bremen.

Mourinho telah menyatakan: “Kami memang patut menang kerana kedua-dua perlawanan tidak jauh beza dan kami terjejas perlawanan menghadapi pasukan yang mencabar.”

“Saya menghadapi masalah yang sama apabila Chelsea menghadapi Liverpool dalam peringkat separuh akhir akibat Liverpool yang berada 30 mata daripada kedudukan puncak liga sementara mereka menyertakan pasukan gantian di Fulham tetapi Chelsea perlu berjuang untuk setiap perlawanan.”

“Jika kami tidak berjuang untuk kejuaraan liga, kami akan menyertakan pemain yang segar walaubagaimanapun tahap kesihatan pasukan saya amat baik.”

“Barcelona telah serta dalam Clasico dan dua hari kemudian kalah kepada Chelsea. Ia membuktikannya.”

“Kamu hanya perlu lihat dalam peringkat perlawanan akhir di mana pasukan kelima terbaik England bertembung dengan pasukan kedua terbaik Jerman, kedua-dua pasukan telah sertakan pemain gantian dalam perlawanan hujung minggu.”

Mourinho telah juga memuji bekas kelabnya setelah pertunjukkan pertahanan yang amat kental dengan Barca di Nou Camp pada hari Selasa dan memberi kritikan kepada mereka yang tidak menyokong taktik mereka.

“John Terry tidak akan disertakan tetapi yang penting Chelsea telah sampat di peringkat itu. Semua pemain Chelsea telah menjadi wira hari itu.”