Sunday, January 29, 2012

Khyril Akhiri Kemarau 422 minit....

Mohd Khyril Muhymeen Zambri


Khyril mengakhiri kemarau gol Kedah apabila menjaringkan gol pertama untuk pasukannya setelah pasukan dari utara itu kemarau tanpa jaringan selama 422 minit sejak sepak mula Liga Super 2012 bermula. Khyril atau lebih mesra dipanggil Meen dikalangan rakan sepasukan menjaringkan gol pertama itu ketika pasukan Kedah tewas 1-3 kepada Johor FC di Stadium Darul Aman pada minit ke-82.


Kedah sekarang berada di tangga kedua tercorot selepas mengalami tiga kekalahan dan dua keputusan seri dalam lima perlawanan liga setakat ini. Pada pendapat penulis, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) harus menekan butang panik kerana pasukan yang lebih dikenali dengan jolokan Hijau Kuning ini perlu melakukan sesuatu jika mahu terus bersaing dalam Liga Super untuk musim depan. Satu gol berjaya dihasilkan sejak saingan liga bermula bermakna Kedah memerlukan seorang penyerang yang benar-benar berkualiti untuk melakukan penyudah di depan gol.




=LIGA KITA WAJAH KITA=
-SUPPORT YOUR LOCAL FOOTBALL-

Saturday, January 14, 2012

Chong Wei ke Final Lagi...


Lee Chong Wei



Pemain perseorangan lelaki negara, Dato Lee Chong Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2012 setelah menewaskan  pemain dari China, Chen Long di peringkat separuh akhir sebentar tadi.


Chong Wei mengambil masa selama satu jam 15 minit untuk menewaskan Chen Long dalam perlawanan penentuan yang berkesudahan beliau menang 21-17,17-21 dan 21-13. Walaupun berjaya mendahului pada set pertama, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan Chong Wei berjaya dihidu oleh Chen Long. Namun beliau berjaya menamatkan set pertama dengan 21-17.


Pada set kedua, Lee Chong Wei dilihat banyak memberi mata kepada lawannya setelah beliau nampak kurang selesa untuk bermain di depan jaring. Set kedua berkesudahan Chen Long menang 21-17. Pemain dari Tanah Besar China itu berjaya mengheret Chong Wei ke set penentuan dan beliau berjaya memanfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh Chen Long dengan bermain jumping smash secara bersilang ternyata gagal dibaca oleh pemain dari China itu. Akhirnya berbekalkan sorakan dan sokongan padu penonton yang berada di Stadium Putra Bukit Jalil, Chong Wei mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan 21-13.


Chong Wei akan turun menentang pemain dari Jepun, Kenichi Tago setelah menang percuma ke atas Chen Jin pada perlawanan separuh akhir. Jika Lee Chong Wei menang ke atas Tago esok, bermakna beliau akan mempertahankan kejuaraan yang di menangi beliau di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang kelapan dalam kariernya.




CHONG WEI BOLEH!!!