Sunday, July 8, 2012

Apa yang dibincangkan semasa Kongres FAM???

Gambar ketika kongres semalam.
Kredit: Wan Fakhrul


Tiada perubahan juga....

Kongres hanya dibuat hanya kerana memenuhi tuntutan dalam perlembagaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sahaja.

Artikel 88 terus relevan dalam statut perlembagaan FAM buat masa ini apabila badan induk bola sepak tanah air itu belum bersedia untuk menggubal statut itu pada Kongres Tahunan FAM ke-48 2010 & 2011 semalam.

Biarpun Mesyuarat Exco FAM sebelum ini memutuskan mahu membentangkan Artikel 88 pada Kongres FAM yang dihadiri Presiden, Sultan Ahmad Shah dan semua barisan Ahli Majlis serta wakil Gabungan, namun perkara itu ternyata tidak ada dalam agenda kali ini.

Alasan yang diberikan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Artikel 88 masih perlu dikaji dengan teliti sebelum dibentangkan. Perlu dikaji??? Banyak la kau punya kajian Judin woooiii....

“Bukan tidak dibentangkan pada Kongres Tahunan FAM kali ini tapi masih belum bersedia. FAM harus meneliti dan mengkaji dengan penuh mendalam terhadap statut itu dan FAM akan membentangkan usul itu pada masa akan datang,”


Artikel 88 menjadi perbualan hangat selepas Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa digantung dua tahun enam bulan atas alasan melanggar peraturan kerana membuat kritikan secara terbuka kepada skuad kebangsaan April lalu. Ada pihak mendesak supaya statut itu dipinda dan Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan kesediaan untuk mengkajinya semula.

Dalam pada itu pada sidang media selepas tamat kongres, Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah memaklumkan beberapa ketetapan dicapai iaitu membuat penambahan anggota Exco daripada 8 kepada 10 anggota.

Katanya, penambahan dua slot ini akan diisi oleh wakil wanita yang akan dipilih menerusi pemilihan tahun depan yang bertujuan bagi memperkukuhkan usaha memartabatkan bola sepak wanita. Martabatkan bola sepak wanita??? Padahal syarat AFC dan FIFA yang mahukan ada wakil wanita untuk bersuara dalam FA setiap negara. Bola sepak lelaki ranking makin jatuh, inikan pula nak perkasakan bola sepak wanita. PTUUUIIIHHHH!!!!!!!!!!!!

Kelantan Kekalkan Kejuaraan Liga Super...

Bersorak gembira...
Kelantan berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super 2012 yang dimenangi buat kali pertama oleh mereka pada tahun lepas setelah menewaskan Perak dengan jaringan yang besar 6-0 sekali gus membolehkan mereka unutk bergelar Juara Liga Super 2012 lebih awal.

Kelantan memimpin perlawanan pada separuh masa dengan 5-0. Kelantan tampil garang dengan mendahului 5-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-16 dan 29, Mohamad Ghaddar (18), Badhri Radzi (22) dan Nurul Azwan Roya (38).


Perak bertambah parah apabila kaptennya, Shahrulnizam Mustapha dilayangkan kad merah selepas bertindak kasar terhadap Ghaddar pada masa kecederaan.

Pada babak kedua, Kelantan membawa masuk Norshahrul Idlan Talaha menggantikan Ghaddar manakala Perak memasukkan penjaga gol simpanan, Kamarul Effandy Abdul Rahim menggantikan Nasril Nourdin.

Namun gawang Perak terus bocor apabila Indra Putra melengkapkan hatriknya pada minit ke-48 untuk gol keenam Kelantan.

Memandangkan pasukan Kelantan menjuarai Piala FA serta Liga Super, ini bermakna kouta pasukan yang akan mewakili Malaysia dalam kejohanan Piala AFC tahun hadapan ialah Kelantan dengan Sime Darby. Kouta yang digunapakai sekarang ialah Juara Liga Super serta Juara Piala FA. Jika Juara Liga Super dan Juara Piala FA dari pasukan yang sama, Naib Juara Piala FA akan diangkat untuk memenuhi kouta tersebut.



#SYABAS KELANTAN.








Friday, July 6, 2012

FAM tidak buat bantahan???

Kita tak buat bantahan rasmi

Setiausaha Agung FAM, Dato Azzuddin Ahmad sebentar tadi mengesahkan bahawa FAM tidak akan membuat sebarang bantahan kepada AFC mengenai pemain Myammar yang lebih umur.

Pada Kelayakan Piala Asia Bwh-22 yang berakhir pada Selasa lepas, Malaysia yang diundi bersama Myammar tewas pada perlawanan terakhir kepada pasukan tuan rumah tersebut 1-2 di Yangon dan menyebabkan slot untuk pasukan Kim Swee layak secara automatik mengiringi Korea Selatan untuk ke pusingan akhir Piala AFC Bwh-22 2013. Pasukan Myammar (tuan rumah) telah dilanda kontroversi apabila wakil media kita yang membuat liputan di sana mendakwa, pasukan tersebut mendaftar beberapa orang pemain yang melebihi had umur yang ditetapkan iaitu 22 tahun ke bawah.

Jurulatih Malaysia Bwh-22,Ong Kim Swee telah membuat bantahan awal selepas tamat perlawanan tersebut dan AFC mengesahkan yang pihak mereka telah menerima makluman bantahan tersebut daripada Komisioner Perlawanan. Namun AFC memberitahu FAM hendaklah membuat bantahan rasmi 48 jam selepas tamat perlawanan diantara Myammar menentang Malaysia dan ini bermakna FAM mempunyai masa sehingga jam 6 petang semalam untuk membuat sebarang bantahan. Adakah FAM membuat bantahan mengenai isu tersebut?

Pada sidang medianya hari ini, Azzuddin mengesahkan yang pihaknya tidak akan menghantar bantahan rasmi kepada AFC kerana bukti yang diterima tidak kukuh dan dikhuatiri jika dihantar bantahan tanpa bukti kukuh, ia hanya akan memberi imej buruk kepada FAM.

Imej buruk??? Kegagalan FAM untuk menghantar bantahan rasmi kepada AFC akan menambahkan lagi kebencian peminat bola sepak tempatan kepada badan induk tersebut. Jika sebelum ini jelas kedengaran media tempatan menyuruh Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Dato Nadzmi Salleh meletakkan jawatan ekoran daripada kegagalan skuad Piala Thomas yang kecundang lebih awal tetapi dalam bola sepak mengapa dan kenapa media tempatan tidak menyuarakan pandangan mereka yang mewakili suara peminat tempatan yang mahukan PENGURUSAN FAM yang ada sekarang DIROMBAK???

Adakah kerana mereka terlalu mengkuti Etika Kewartawanan ataupun sebaliknya?? "This is Malaysia Our Country". Kita bebas untuk bersuara dan meluahkan apa sahaja pendapat sama ada yang kita setuju ataupun yang kita bangkang. Sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 10 Fasal 2,3, dan 4 ada menyatakan setiap warganegara berhak kepada kebebasan untuk bercakap dan bersuara. Sila rujuk di DI SINI untuk maklumat yang lebih lanjut.

Ingat!!! Ini bukan zaman tengok berita jam 8 malam baru tahu apa yang berlaku di dalam dan luar negara dan zaman baca surat khabar keesokan pagi sambil minum kopi lagi, sebaliknya ini sekarang ini dunia facebook,twitter, blog dan sebagainya lagi. Setiap perkara yang berlaku pastinya akan tersebar dengan pantas dan sebaran berita itu akan menjadi lebih cepat jika jari jemari yang menggerakkan tetikus itu hanya menekan "share" untuk dikongsikan kepada rakan-rakan mereka.

Untuk semua peminat dan pencinta bola sepak tempatan, ayuh kita tunjukkan ketidakpuasan hati anda kepada FAM dengan turun bersama-sama di Hotel Royal Chulan esok sempena Kongres FAM kali ke-8 di hotel tersebut jam 9 pagi.






Wednesday, July 4, 2012

Kelantan Semakin Hampir Untuk Mengekalkan Kejuaraan..

Muhammad Ghaddar meraikan gol kedua untuk Kelantan.
foto: Shazli Shamsuddin



Kelantan benam Negeri Sembilan digelanggang lawan 2-3 semalam semakin mengesahkan mereka untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimenanginya pada tahun lepas akan kembali lagi pada 2012 ini.

Beraksi dihadapan hampir 20 000 penyokong di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Kelantan terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pasukan tuan rumah hasil jaringan Firdaus Azizul setelah menerima hantaran daripada pemain muda berbakat, Bukhari Idris seterusnya menamatkan permainan pada separuh masa pertama dengan 1-0.

Bersambung pada babak kedua, percaturan Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak membawa masuk Muhammad Ghaddar ternyata memberi impak kepada corak permainan pasukan Kelantan yang dilihat lebih bertenaga pada babak kedua. Hasilnya, Azlan Ismail berjaya menjaringkan gol pertama Kelantan diikuti gol kedua Kelantan olah Ghaddar dan Indra Putra juga tidak ketinggalan untuk mencetak namanya sebagai penjaring gol ketiga Kelantan.

Berpunca dari sepakan sudut, Kapten Negeri Sembilan, Shukor Adan menanduk masuk untuk gol kedua pasukannya. Anak buah Azrai Khor cuba untuk mencari gol penyamaan namun ketangkasan Khairul Fahmi sbg benteng terakhir Kelantan menafikan segala-galanya. Tamat perlawanan, Negeri Sembilan 2-3 Kelantan.

Kandas lagi...

Syahrul Azwari Ibrahim kecewa selepas Malaysia kalah semalam.

HASRAT pemain Harimau Muda untuk layak beraksi secara ‘merit’ ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 22 Tahun tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah Myanmar 1-2 dalam saingan Kumpulan G, semalam.

Dua gol pasukan tuan dijaringkan K S Thu pada minit ke-33 dan 52 manakala gol sagu hati diperolehi oleh Harimau Muda pada penghujung saingan melalui penalti disempurnakan Rozaimi Abd Rahman.

Harimau Muda lebih dahulu memberi ancaman melalui Asri Chuhu yang melepaskan rembatan di kiri gawang gol tuan rumah yang berjaya ditepis penjaga gawang tuan rumah.

Tersentak serangan itu, tuan rumah mengandakkan asakan dan berhasil pada minit ke-33 melalui K S Thu yang mendapat hantaran pendek dari rakan dalam kotak penalti Harimau untuk mudah melepaskan rembatan mengegarkan jaring gol pelawat.

Penyerang tuan rumah, K S Thu sekali lagi menjadi penghalang buat pemain Ong Kim Swee apabila berjaya menewaskan penjaga gawang pelawat pada minit ke-52.

Harimau Muda cuba bangkit mencari gol melalui beberapa gerakan cantik namun gagal menembusi benteng pertahanan tuan rumah.

Gol saguhati Harimau akhirnya diperolehi melalui penalti selepas Mohd Rozaimi dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit 90 dan disempurnakan bintang semakin bersinar, Rozaimi.