Wednesday, March 7, 2012

Arsenal Tersingkir...



Walaupun berjaya menewaskan AC Milan di gelanggang sendiri namun itu masih belum cukup untuk melayakkan Arsenal ke peringkat lapan pasukan terbaik (suku akhir).


Arsenal memulakan perlawanan dengan penuh keyakinan apabila pertahanan tengah,Laurent Koscielny menjaringkan gol pertama pada minit ketujuh setelah menanduk sepakan sudut yang disempurnakan oleh Oxlade-Chamberlain.


Van Persie pula telah menyaksikan percubaannya dari sudut ketat diselamatkan sebelum Kieran Gibbs diberi kad kuning setelah mengasari Stephan El Shaarawy yang membuat penampilan pertama dalam kejohanan itu pada usia 19 tahun.

Arsenal menyerang lagi dan percubaan Van Persie dari jauh pada minit ke 18 diselamatkan lagi oleh Christian Abbiati.

Barisan pertahanan Milan diatasi lagi pada minit ke 25 apabila Theo Walcott memecut lepas di sayap kanan dan memberi hantaran yang ditendang keluar oleh Thiago Silva tetapi Rosicky merampasnya dan merembat masuk gol kedua pasukannya.

Stadium Emirates kini dibanjiri dengan sorakkan untuk Wenger meneruskan usahanya - walaupun para penyokong Gunners yang sebelum ini memberi kritikan kepada pengurus Perancis itu.
Oxlade-Chamberlain kemudia memecut lepas dari sayap kanan dan menggelecek dalam kotak sebelum dikasari oleh kedua-dua Antonio Nocerino dan Djamel Mesbah.

Pengadil Slovakia Damir Skormina mengambil masanya tetapi akhirnya memberi isyarat untuk tendangan penalti, yang telah diambil dengan tenang oleh Van Persie untuk jaringan gol ke 32 musim ini.
Hanya satu gol dari Milan cukup untuk menjamin tempat di pusingan seterusnya dan peluang terbaik jaruh kepada El Shaarawy sebelum masa rehat apabila mendapat ruang luas di sayap kanan tetapi tendangannya jauh dari sasaran.

Arsenal telah mula separuh masa kedua dengan gerakkan serangan tetapi Milan kini telah meningkatkan permainan dan Alex Song telah diberi kad kuning setelah mengasari Zlatan Ibrahimovich.

Gervinho kemudian menggelecek bola ke bahagian kiri kotak Milan dan memberi rembatan yang terpesong dari kaki Abbiati sebelum Van Persie membuat percubaan yang diselamatkan dengan senang oleh penjaga gol itu.

Walcott kelihatan telah mengalami kecederaan dan digantikan pemain Korea Park Chu-young tetapi Arsenal tidak mampu mereka dua lagi peluang yang diperlukan untuk mara ke pusingan suku akhir.

Walaubagaimanapun Pengurus Arsenal tetap memuji aksi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya malam tadi kerana berjaya mempamerkan aksi yang lebih baik berbanding perlawanan pertama di San Siro, Milan Februari lalu.

Pertunjukkan yang amat padat dengan aksi dalam separuh masa pertama itu tidak dapat diteruskan dalam separuh masa kedua dengan Van Persie terlepas sasaran dari jarak dekat.
“Mereka sepatutnya bangga dengan prestasi mereka. Pasukan ini mempunyai semangat yang amat baik dan telah meningkatkan permainan dari perlawanan pertama, malangnya kami tersingkir.Kami terjejas perlawanan pertama yang amat buruk. Walauapapun kami telah berusaha dengan baik. Itulah yang terbaik yang kami boleh buat, memberi segalanya dan menerima keputusannya.” kata Wenger ketika ditemubual oleh Sky Sports sejurus tamat perlawanan.


Arsenal kehilangan Aaron Ramsey dan Mikel Arteta dalam midfield dan telah menyertakan Alex Oxlade-Chamberlain.
“Kami memerlukan lebih pilihan di bahagian midfield dan bangku gantian kami amat terhad. Kami terlalu penat dalam separuh masa kedua, kami perlu mengawal bola dengan cara yang lebih baik. Kami lebih penat dan saya yakin kami dapat menjaringkan dua atau tiga gol lagi jika kami mempunyai pasukan yang penuh.”


Kelantan Mahu Pamerkan Aksi Terbaik...




Pendahulu Liga Super, Kelantan bakal turun pada saingan pembuka tirai Piala AFC menentang Navibank Saigon dari Vietnam malam esok, tanpa kelibat sekurang-kurangnya 5 pemain utama, tatkala Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak tidak meletak sebarang sasaran besar untuk pasukannya.

Bojan, jurulatih kelahiran Croatia, akur beliau terpaksa melupakan khidmat dua pemain, S.Subramaniam dan Indra Putra Mahyuddin yang menyertai senarai kecederaan bersama Norshahrul Idlan Talaha dan Aziz Ismail, manakala pemain pertahanan kental, Daudsu Jamaludin pula diberi rehat selepas terbabit dalam kemalangan di Kota Bharu.

“Kita mungkin pendahulu liga, namun saya mahu mengingatkan setiap perlawanan yang diharungi adalah sukar buat kita, pemain berikan komitmen 200%, dalam AFC, ia suatu yang berbeza, tiada siapa mahu meletakkan harapan tinggi, tiada siapa mengharapkan keajaiban, saya cuma mahu pemain saya main rileks, tenang, tunjukkan permainan lebih berkualiti berbanding menentang Negeri Sembilan dua hari lalu..”.

“Keadaan Subra tidaklah teruk, dia sudah ok, tapi untuk bermain malam esok pastinya tidak, dia perlu berehat, dan kita juga akan turun tanpa Daudsu, dia mengalami kemalangan di Kota Bharu semalam, isterinya cedera, dia ok, tidak cedera tapi saya rasa adalah elok untuk memberikannya rehat beberapa hari agar keadaan kembali normal, kalau saya turunkan juga dia mungkin fikirannya lari dan dia tidak dapat fokus pada game..”. – Bojan Hodak.

Tanpa Subra dan Daudsu, posisi pertahanan tengah hampir pasti diisi Farisham Ismail ataupun Rizal Fahmi Rosid, manakala Zamri Ramli mungkin diberi peluang membuktikan kredibilitinya di posisi Daudsu.

Bojan juga tidak menganggap beraksi perlawanan sendiri di luar Kota Bharu – Stadium Nasional Bukit Jalil – sebagai suatu kerugian, kerana berpendapat Kelantan masih mempunyai penyokongnya dari sekitar Lembah Klang, malah beliau juga yakin penyokong bolasepak tempatan akan turut memberi sokongan kepada Kelantan.

Ditanya mengenai pemain import yang akan diturunkan, Bojan berkata beliau mempunyai pilihan 3+1 untuk diturunkan iaitu di antara Dennis Antwi, Mahmoud Ghaddar, Nwoha Onyekachi dan Obina.

Bagi kapten pasukan, Badri Razi yang bakal menjadi kapten pertama Kelantan memimpin pasukan itu beraksi di saingan peringkat benua, beliau berbangga dengan pencapaian hebat ini, dan berharap perjuangan Kelantan tidak ternoktah di babak awal saingan dan mahu TRW mengorak langkah lebih jauh dalam saingan AFC ini.

Terengganu Mula Langkah Kanan....




Pasukan dari Pantai Timur, Terengganu FA memulakan saingan Piala AFC Kumpulan F dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Juara Liga Super Vietnam, Song Lam Nghe An (SLNA) 1-0 di
Stadium Vinh.


Gol tunggal dan juga gol kemenangan Terengganu dijaringkan oleh Abdul Manaf Mamat pada minit ke 51setelah berjaya menwasakan penjaga gol SLNA Tran Nguyen Manh.