Sunday, November 27, 2011

Mesti Menang!!!!




Itulah perkataan yang keluar dari mulut Jurulatih Skuad Olimpik Kebangsaan, Ong Kim Sweee yang mahu anak buahnya melakarkan kemenangan pertama pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan. Malaysia akan turun menentang Bahrain pada malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut, Kim Swee mahu anak buahnya betul-betul fokus pada perlawanan malam ini jika mahu berada di tempat kedua kumpulan. Turun selaku wakil tunggal Asia Tenggara yang melayakkan diri ke peringkat kumpulan ini, beliau mahu Harimau Muda tidak memandang rendah kemampuan Bahrain kerana negara dari Timur Tengah juga memerlukan kemenangan untuk kembali menghidupkan peluang selepas diabkan pada dua perlawanan sebelum ini oleh Syria dan Jepun.


Kim Swee mahu anak buahnya mengamalkan corak permainan secara menyerang sebaik wisel perlawanan dibunyikan dengan harapan dapat menjaringkan gol awal.Menurutnya, di sebalik menggunakan corak menyerang terhadap pasukan hebat seperti Bahrain, beliau juga tidak mahu barisan pertahanannya leka dan melakukan kesilapan kecil dan boleh mengundang padah seperti yang berlaku pada aksi menentang Syria Rabu lalu.



Khidmat pemain pertahanan tengah, Muslim Ahmad tidak dapat digunakan malam ini kerana mengalami kecederaan hamstring ketika perlawanan Rabu lalu.Beliau masih menaruh harapan kepada A.Thamil Arasu sebagai penyerang dan Nazmi Fazmi menerajui bahagian tengah walaupun Irfan Fazail,Syahrul Azwari dan Fadhli Shas dijangka membarisi kesebelasan utama pasukan malam ini.


'' Saya tidak kira siapa menjaringkan gol, asalkan kita dapat megutip tiga mata. Harapan peminat tinggi untuk melihat skuad olimpik menang dan saya berjanji cuba memberikan persembahan terbaik kepada mereka.'' kata Ong Kim Swee.


Beliau mahu membalas kepercayaan penyokong yang sanggup turun bersama-sama menyokong pasukannya dengan menghadiahkan kemenangan kepada mereka. Jika Malaysia menang malam iini, laluan untuk menduduki tangga kedua kumpulan kembali terbuka.



MALAYSIA BOLEH!!!
SELAMANYA SOKONG MALAYSIA!!!



Tuesday, November 22, 2011

Misi Berjaya!!!





Alhamdulillah....
Itulah yang dapat penulis perkatakan selepas Skuad Sukan Sea kali ini berjaya mempertahankan ''Ibu Segala Emas'' selepas mengharungi 120 minit perlawanan akhir penentuan pingat Emas bagi acara bola sepak selepas kedudukan terikat seri 1-1 pada masa sebenar permainan.



Pujian harus diberikan kepada semua pemain yang diturunkan pada malam ini kerana  berjaya mempamerkan aksi yang terbaik walaupun Malaysia terlebih dahulu ketinggalan pada minit keenam hasil jaringan pemain pertahanan Indonesia Gunawan. Ternyata selepas ketinggalan satu gol tersebut, anak-anak buah Ong Kim Swee cepat menyerap asakan dan berjaya melakukan beberapa percubaan ke arah pintu gol Indonesia namun gagal untuk ditembusi sehinggalah pada minit ke-35 pemain sayap kiri Malaysia, Asraruddin Putra Omar berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk skuad kebangsaan setelah menerima umpanan cantik dalam kotak penalti oleh Baddrol Bakhtiar kesudahannnya ditandukkan kemas oleh Asra.



Kedudukan satu sama kekal sehingga tamat perlawanan masa sebenar permainan memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan namun tiada jaringan yang berjaya dihasilkan oleh Indonesia walaupun lebih banyak menguasai perlawanan pada masa tambahan.Sepakan penalti nyata memberi tuah kepada Malaysia apabila berjaya menjaringkan empat daripada lima sepakan yang diambil manakala Indonesia hanya menjaringkan tiga gol sahaja.



 Kelibat penyerang Indonesia, Titus Bonai dan Patrich Wanggai sememangnya berbisa untuk menembusi gawang gol Malaysia namun ia berjaya dinafikan oleh pemain-pemain pertahanan Malaysia yang bertungkus lumus menafikan daripada Indonesia menjaringkan gol. Wira Malaysia yang diangkat pada perlawanan akhir tersebut, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membawa Malaysia mempertahankan EMAS yang dimenangi di Laos dua tahun lalu walaupun nampak sukar selepas Fakri Saarani gagal menjaringkan sepakan penalti. Kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar menjulang Malaysia sekali lagi selaku jaguh ASEAN setelah sepakan penalti terakhir yang diambil olehnya berjaya menembusi pintu gol walaupun penjaga gol Indonesia cuba untuk menangkapnya namun sepakan deras yang diambil Baddrol berjaya menidakkan segala-galanya.



Kunci kejayaan pasukan ini pada pendapat penulis ialah, para pemain tidak mengenal erti putus asa untuk bermain sehingga wisel penamat walaupun bermain di gelanggang keramat tuan rumah yang ternyata memberi kelebihan kepada Indonesia. Apa pun syabas penulis ucapkan kepada barisan-barisan 20 pemain, jurulatih dan pengurusan Skuad Bola Sepak Sukan Sea kali ini kerana bekerja bertungkus lumus demi untuk mempertahankan Emas untuk Malaysia.


SYABAS MALAYSIA!!!!!!
MALAYSIA BOLEH!!!!!!
SELAMANYA SOKONG MALAYSIA!!!!!!

Thursday, November 17, 2011

Kenangan Baracuda Kembali Lagi???


***foto kredit kepada Bolasepak Malaysia



Musuh negara serumpun ini akan kembali bertemu di gelanggang Gelora Bung Karno malam ini.Dendam kekalahan 4-1 kepada Malaysia pada kejohanan Piala AFF Suzuki AFF masih lagi terasa oleh penyokong-penyokong Indonesia.


Perlawanan yang amat dinantikan oleh penyokong kedua-dua negara mendapat liputan media yang meluas terutamanya di Indonesia. Akhbar dan televisyen mereka terus menyeru penyokong Indonesia untuk memberi sokongan 100% kepada timnas Indonesia (pasukan kebangsaan) itu.Walaupun Skuad B-23 Indonesia tampil dengan pasukan yang berbeza pada temasya kali ini, dendam kepada Malaysia masih lagi dirasai. Hasrat mereka ialah mahu merampas kembali Emas acara Bola Sepak yang dimenangi Malaysia 2009 di Laos lalu. Tiga hari sebelum perlawanan bermula, penyokong Indonesia telah memulakan perang psikologi kepada Malaysia melalui facebook dan twitter yang mengatakan kekecewaan tahun lepas akan ditebus malam ini dan banyak lagi komen-komen mereka yang penuh dengan cemuhan kepada skuad kebangsaan.


Skuad B-23 Malaysia dibawah bimbingan Ong Kim Swee mahu anak-anak buahnya bermain bermati-matian bukan untuk mendapat keputusan seri dengan Indonesia tetapi mahu melakarkan kemenangan ke atas timnas Indonesia itu. Slot ke Separuh Akhir belum lagi terjamin kerana Malaysia berkongsi tujuh mata dengan Singapura yang cuma dipisahkan dengan perbezaan jaringan yang dimiliki oleh Malaysia.Jika mahu ke mengisi slot tersebut, Malaysia mestilah mendapat sekurang-kurangnya satu mata lagi. ''Harimau Malaya" pastinya akan mendapat tekanan psikologi kerana Stadium Gelora Bung Karno pastinya akan dipenuhi lautan merah penyokong-penyokong Garuda itu nanti.


Apabila berada di atas padang malam ini, Malaysia hendaklah bijak menyerap tekanan yang dirasai. Dek kerana terlalu menyelami tekanan tersebut, pastinya corak permainan Malaysia mudah untuk dirobek oleh Indonesia. Ini kerana, anak-anak buah K.Rajagopal pernah merasai pengalaman menaiki baracuda (kereta kebal) dalam bahasa Indonesia. Pihak tuan rumah memberi layanan seperti itu semasa skuad Malaysia (Senior) mahu ke stadium yang untuk perlawanan akhir kedua yang mendapat tumpuan penyokong-penyokong mereka sepanjang perjalanan ke stadium.


Ini adalah kesebelasan kemungkinan ramalan penulis yang akan diturunkan oleh Kim Swee malam ini.

                                                    ****Khairul Fahmi (GK)****
           ***Mahali Jasuli***Muslim Ahmad***Fadhli Shas***Asraruddin Putra***
   *****Syahrul Azwari*****Nazmi Faiz*****K.Gurusamy*****Wan Zaharulnizam***
                                                *****Baddrol Bakhtiar*****(C)
                                                    *****Irfan Fazail*****

Barisan Pemain Simpanan:
1. Izham Tarmizi Roslan(GK)
2. Zubir Azmi
3.Yong Kuang Yong
4. Fandi Othman
5. Fakri Saarani
6. Izzaq Faris Ramlan
7. A.Thamil Arasu


MALAYSIA BOLEH...
TEWASKAN SAHAJA GARUDA...

Sunday, November 13, 2011

Teruskan Kemaraan....

foto kredit kepada Bolasepak Malaysia.



Petang ini Malaysia akan turun menentang Kemboja dalam perlawanan ketiga kumpulan A menentang Kemboja di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia jam 5.00 petang nanti waktu Malaysia.Setelah menewaskan Thailand pada perlawanan kedua Rabu lalu, Ong Kim Swee tidak mahu anak-anak buahnya memandang remeh terhadap kemampuan Kemboja pada aksi petang ini.Pada pandangan Kim Swee, sikap memandang rendah terhadap pasukan lawan boleh mengundang padah kerana para pemain hanya memikirkan untuk bermain sambil lewa kerana beranggapan Kemboja tidak akan memberi saingan yang sengit.


Jika aksi seperti menentang Thailand dipamerkan oleh skuad B-23 Sukan Sea pada perlawanan menentang Kemboja nanti, penulis optimis Malaysia mampu melakarkan kemenangan besar terhadap pasukan Kemboja.Pada pemerhatian penulis, skuad kali ini merupakan skuad yang berbeza yang ditampilkan pada temsya kali ini berbanding 2009 di Laos.Skuad kali ini dibarisi rata-rata pemain yang berumur 23-17 tahun dengan menampikan pemain paling muda dalam skuad kali ini iaitu, Najmi Faiz Mansor dari skuad Harimau Muda B dan pemain paling senior dalam pasukan ini ialah Baddrol Bakhtiar dari pasukan Kedah yang diberi tugas untuk memakai lilitan ketua pasukan.


Pada perlawanan lalu, penulis perhatikan Malaysia mampu untuk menjaringkan lebih dari dua gol kerana banyak peluang terhidang untuk menembusi gawang gol Thailand namun ketumpulan jentera serangan yang diketuai Syahrul Azwari Ibrahim gagal untuk diterjemahkan dalam bentuk jaringan.Pada dua perlawanan sebelum ini, Kemboja diaibkan terus oleh tuan rumah Indonesia dan Singapura yang membuatkan mereka menghuni tangga tercorot Kumpulan A.


Dengan Semngat MALAYSIA BOLEH penulis optimis MALAYSIA mampu melakarkan kemenangnan ke atas Kemboja petang ini.Doa jutaan rakyat Malaysia mengiringi perjuangan mereka wahai Harimau Muda.

Berikut adalah kesebelasan utama ramalan penulis pada perlawanan petang ini.

Formasi: 4-3-2-1

                                                             ***** Syahrul Azwari*****
                                       *****Baddrol Bakhtiar***Irfan Fazail*****
                  ***Fakri Saarani***K.Gurusamy***Fandi Othman***Wan Zaharulnizam***
                 ****Asraruddin Putra***Fadhli Shas***Muslim Ahmad***Mahali Jasuli****
                                    ***************Khairul Fahmi**************


Pemain Simpanan:-
1)Izham Tarmizi (GK)
2)Zubir Azmi
3)Amer Saidin
4)Abdul Shukor Jusoh
5)Yong Kuang Yong
6)A.Thamil Arasu
7)Izzaq Faris Ramlan

Monday, November 7, 2011

Misi Balas Dendam


foto kredit kepada Dunia Sukan Online

                                                        SINGAPURA lwn MALAYSIA
                                             Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia
                                                                       5.00 p.m
                                                         TV 1 dan Astro Arena 801

Itulah hasrat yang dipikul oleh anak-anak buah Ong Kim Swee yang akan turun menentang Singapura pada perlawanan pembukaan Kumpulan A pada jam 5 petang ini di Stadium Gelora Bung Karno.Misi kali ini amat besar kerana para pemain Skuad Sea B-23 kali ini turun untuk mempertahankan pingat Emas yang dimenangi dua tahun lalu di Viantiane, Laos.

Walaupun ramai yang menjangkakan misi untuk mempertahankan Emas pada kali ini amat sukar kerana Malaysia diundi dalam kumpulan ''MAUT'' bersama-sama tuan rumah Indonesia, Thailand, Singapura dan dan Kemboja.Namun tugas untuk mempertahankan pingat pada kali ini bukan sahaja digalas seorang diri oleh Kim Swee malah dipikul secara bersama oleh anak-anak buahnya.Meskipun skuad kali ini menampilkan ramai muka-muka baharu, Kim Swee yakin pasukan yang dibentuk olehnya mampu mara ke peringkat Separuh Akhir terlebih dahulu sebelum memikirkan ke perlawanan Akhir.Meskipun terpaksa menggugurkan Wan Zack Haikal dan Gary Steven Robbat disaat-saat akhir akibat kecederaan, beliau mempunyai barisan pelapis kedua dengan menamakan Nazmi Faiz Mansor dan Amer Saedin dari Harimau Muda B yang ternyata membuka mata banyak pihak yang ragu terhadap kemampuan dua orang pemain tersebut yang masih cetek lagi pengalaman.Selain itu, Kim Swee juga mempertaruhkan muka lama yang telah beraksi pada Sukan Sea 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010 seperti Khairul Fahmi, Baddrol Bakhtiar, Asraruddin Putra, Izzaq Faris, Fadhli Shas, Muslim Ahmad dan Fakri Saarani.

Malaysia hadir pada temasya Sukan Sea kali ini selaku wakil tunggal Asia Tenggara yang layak ke peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik London 2012.Status tersebut pastinya mahu dipadamkan oleh musuh tradisi Malaysia iaitu Thailand, Indonesia dan Singapura yang dilihat sebagai pencabar utama pada kali ini.Singapura pastinya akan turun dengan misi untuk merampas kembali gelaran daripada Malaysia di laman keramat Sang Garuda di Gelora Bung Karno.Di bawah bimbingan jurulatih Slobodan Patkovic yang juga merupakan Pengarah Teknikal FAS pastinya akan menurukan kesebelasan terbaik untuk menyerap setiap asakan pemain Malaysia.

Lilitan kapten pasukan Skuad Sukan Sea B-23 kali ini diberikan kepada pemain berpengalaman, Baddrol Bakhtiar manakala penolong kapten digalas oleh penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat.Pengalaman Baddrol amat ditagih petang ini untuk merencanakan sesuatu kepada rakan-rakan sepasukan supaya dapat menyerap segala tekanan lawan dan bermain secara profesional.Baddrol yang dijangka akan bergandingan dengan Syahrul Azwari di bahagian serangan diharap mampu mencetak gol awal supaya memberi kelebihan kepada Malaysia untuk berada di depan.

Berikut adalah kesebelasan bayangan Singapura lwn Malaysia petang ini:-

                                                         *****Khairul Fahmi*****
                         ***Asraruddin***Fadhli Shas***Muslim Ahmad***Mahali Jasuli***
   ***Yong Kuang Yong******Shukor Salleh******K.Gurusamy******Irfan Fazail***
                                               ***Syahrul Azwari***Baddrol Bakhtiar(K)***

Pemain Simpanan:-
1) Izham Tarmizi Roslan
2) Zubir Azmi
3) Amer Saedin
4) Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
5) Nazmi Faiz Mansor
6) Izzat Faris Ramlan
7) Ahmad Fakri Saarani


Dengan semangat MALAYSIA BOLEH saya yakin MALAYSIA mampu untuk mencipta kemenangan ke atas Singapura petang ini.Kami sentiasa di belakang mu wahai Harimau Muda...
         

Saturday, November 5, 2011

AidilAdha Menjelma Lagi....



Setiap tahun pada tanggal 10 Zulhijjah,seluruh umat Islam diseluruh dunia akan menyambut Hari Raya AidilAdha iaitu selepas jemaah hari Wukuf di Arafah.Jutaan lautan manusia berkumpul di Arafah pada hari tersebut setiap tibanya musim haji.

Kelebihan Hari Wukuf ataupun Hari Arafah antaranya ialah, Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakan hari tersebut dari api neraka.Oleh itu, kerana hari keesokannya ialah hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam dengan menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan ke hadrat Allah.Kelebihan Hari Wukuf tidak terhad untuk jemaah haji yang berada di Tanah Suci sahaja, bahkan ia turut dirasai oleh semua umat Islam diseluruh pelosok dunia yang tidak mengerjakan ibadat haji.Sehubungan dengan itu, umat Islam digalakkan berpuasa sunat pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijjah, terutamanya pada Hari Wukuf.

Selain itu, peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Zulhijjah ialah peristiwa Nabi Allah Ibrahim dan putera kesayangannya Nabi Ismail.Ayahandanya menerima perintah daripada Allah SWT untuk menamatkan riwayat hidup anakandanya melalui sembelihan.Kita dapat merasa betapa luhurnya ketaatan, agungnya keimanan, tenteramnya hati, redhanya perasaan begitu tinggi mengatasi darjat yang biasa dicapai oleh manusia.Nabi Ibrahim melaksanakan perintah tersebut dengan merebahkan anakandanya untuk disembelih manakala Nabi Ismail redha menerima dan berserah untuk disembelih.Nabi Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail menyerahkan bulat-bulat kepada takdir Allah SWT.Inilah yang dikatakan ISLAM, inilah hakikat ISLAM iaitu percaya, yakin, patuh, tenang dan redha menyerah diri kepada  Allah SWT.Inilah perasaan yang dihayati oleh mereka berdua.

Akhir kalam, sama-samalah kita menghayati erti pengorbanan  untuk kita laksanakan pada era globalisasi ini ialah tidak  terbatas setakat sembelihan haiwan korban setahun sekali tetapi difahami secara menyeluruh ''definisi'' sebenar pengorbanan.Penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua Muslimin dan Muslimat yang akan menyambutnya pada hari Ahad, 6 November ini.


SALAM AIDILADHA 1432H/2011M.

Friday, November 4, 2011

Realistik atau Tidak???



Mungkin anda terkejut atau tidak tajuk di atas.Dalam tulisan saya kali ini ingin mencoretkan tentang sasaran untuk mencapai pingat emas di Sukan Sea Palembang Jakarta 2011 kali ini.Dua badan induk yang mengendalikan atlet ke temasya tersebut Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan sasaran yang berbeza pada pertandingan sukan dwi tahunan Asia Tenggara ini.MSN di bawah naungan Dato Zolkeples Embong meletakkan sasasaran 40 hingga 45 pingat emas untuk dibawa pulang pada tahun ini serta mempertahankan Emas untuk acara Bola Sepak yang berjaya dimenangi semasa Sukan Sea Korat, Thailand 2009 lepas.Manakala MOM di bawah kepimpinan YM Tunku Imran Tuanku Jaafar meletakkan sasaran sebanyak 60 emas pada kali ini.

Pada pendapat sesetengah pengamal sukan tempatan, ia merupakan sasaran yang kurang realistik oleh MSN kerana badan induk tersebut seolah-olah tidak berkeyakinan dengan kemampuan atlet-atlet Malaysia untuk menggondol emas sebanyak mana yang mungkin.Sedangakan Menteri Belia dan Sukan, Dato Seri Ahmad Shabery Chek meletakkan harapan tinggi kepada atlet-atlet Malaysia dalam acara tertentu untuk memperoleh Emas Pertama negara pada temasya sukan empat tahun sekali iaitu Sukan Olimpik yang mana London akan menjadi tuan rumah seterusnya pada tahun 2012 tahun hadapan.Jika difikirkan secara logiknya, mampukah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kembali ke landasan asalnya untuk menggondol pingat emas pertama melalui acara perseorangan yang dipikul oleh Dato Lee Chong Wei dan beregu utama negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mana prestasi mereka kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Jika kontinjen Malaysia pada Sukan Sea Palembang Jakarta, Indonesia memperoleh pungutan pingat emas melebihi daripada sasaran yang diletakkan oleh MSN, ia akan dianggap berjaya kerana atlet-atlet yang akan bertanding pada temasya kali ini berjaya membuktikan bahawa mereka mampu membawa pulang pingat emas melebihi sasaran MSN.

Akhir kalam, saya mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada atlet-atlet Malaysia yang akan berjuang pada sukan dwi tahunan ini dengan penuh semangat kesukanan walaupun kita tahu bahawa pihak penganjur mempunyai beberapa masalah seperti venue perlawanan lambat siap, jadual sering diubah dan venue ataupun gelanggang sering bertukar pada saat akhir.Kontinjen Malaysia akan diketuai oleh Dato Naim Mohamed yang akan memastikan semua acara yang disertai, penginapan dan makan minum atlet-atlet diuruskan dengan lancar.

MALAYSIA BOLEH!!!!!!

Thursday, November 3, 2011

Ucapan dan Pesanan Kepada Semua Jemaah Haji




Kepada semua jemaah haji yg akan dan sedang mengerjakan ibadah haji,saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda dipilih untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Makkah dan Madinah.Peluang dan jemputan yang diberikan oleh Allah SWT bukannya selalu datang dan anda perlu memanfaatkan apabila dijempu untuk menjadi tetamunya pada tahun 1432H bersamaan 2011M.

Kadang-kadang walaupun dah berpuluh tahun lama kita menanti peluang untuk mengerjakan haji sampai,apabila sampai masa untuk kita mengerjakan Haji,tiba-tiba kita menerima penyakit yang yang boleh membantutkan hasrat kita untuk mengerjakan haji pada tahun tersebut terbatal.Jika anda berfikir,itu merupakan ujian daripada Allah SWT yang mahu menguji tahap kesabaran kita untuk beribadah kepadaNYa.

Oleh itu,apabila kita pergi ke Tanah Suci untuk mengerjakan Rukun Islam yang Kelima,kita jangan terlalu mahu untuk mendapat pangakat ataupun nama '' Haji @ Hajjah '' sekembalinya kita mengerjakan haji nanti.Ini kerana anda bukan berniat untuk mendapat Haji yang Mabrur,tetapi ke arah Haji Malboro.
Harapan saya kepada semua jemaah haji,sy mendoakan supaya anda mendapat haji yang Mabrur dan mendapat rahmat daripada Allah SWT terutamanya kesihatan.Semoga anda selamat PERGI dan selamat PULANG.Ikhlas daripada saya Ahas Haikal.



Tuesday, November 1, 2011

Suka Duka Final Piala Malaysia 2011


**foto kredit kpd Shazli Shamsuddin




Liga Malaysia 2011 telah pun melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu yang menoktahkan Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga dalam sejarah pertandingannya.Dalam bola sepak semuanya boleh berlaku kerana sedikit kesilapan maka harapan Terengganu untuk menjulang Piala Malaysia buat kali pertama sejak sedekad lalu terkubur kerana pemain-pemain Peteh hilang fokus pada 10 minit terakhir perlawanan.Negeri Sembilan bangkit selepas S.Kunanlan menyamakan kedudukan setelah bola tidak dapat ditangkap dengan kemas oleh penjaga gol Terengganu,Sharbinee Alawee.Tiga minit kemudian Hairuddin Omar mengukuhkan kedudukan setelah menjaringkan gol cantik dalam kotak penalti setelah menerima hantaran daripada Kapten Pasukan,Shukor Adan.Gol kedua tersebut ternyata terus membunuh semangat pemain-pemain Terengganu sebelum pengadil perlawanan Shukri Noor meniupkan wisel penamat dengan Negeri Semmbilan muncul Juara Piala Malaysia dalam tempoh dua kali dalam penampilan tiga kali berturut-turut dalam pentas final Piala Malaysia...

SYABAS KEPADA NEGERI SEMBILAN.....