Wednesday, December 26, 2012

Senarai Stadium bagi Liga Malaysia 2013

-Stadium Utama Perlis (Perlis FA)

-Stadium Darulaman (Kedah & Kedah Utd)

-Stadium Bandaraya (P.Pinang & PBAPP FC)

-Stadium TLDM Lumut (Perak)

-Stadium Shah Alam (Selangor, KL SPA)

-Stadium MBPJ (PKNS FC)


-Stadium MP Selayang (Sime Darby FC & Pos FC)


-Stadium Paroi (N.Sembilan & ATM FA)


-Stadium Hang Jebat (Felda Utd & NS Betaria)


-Stadium Hang Tuah (Melaka)


-Stadium Larkin (Darul Takzim FC & Johor FA)


-Stadium Jalan Besar (Lions XII)


-Stadium Temerloh (PDRM & Shahzan Muda)


-Stadium Sultan Ismail (Terengganu & T-Team)


-Stadium Darulmakmur (Pahang & Kuantan FA)


-Stadium Sultan Muhammad IV (Kelantan & Tumpat FA)


-Stadium Likas (Sabah & Cebagoo FC)


-Stadium Negeri Kuching (Sarawak)


-Pdg Bolasepak Kem Bt. Kentomen (Tentera Darat)


-Stadium UiTM Shah Alam (UiTM FC)


-Stadium UKM Bangi (UKM FC)

-Stadium KLFA (Kuala Lumpur)

Friday, December 14, 2012

Sampai di sini sahaja...


Aksi Malaysia dalam kempen Piala Suzuki AFF 2012 berakhir di Bangkok setelah pasukan bimbingan Winfred Schafer berjaya menewaskan Harimau Malaya dengan agregat 3-1. Thailand akan bertemu Singapura dipentas akhir setelah Sang Singa membaham Filipina 1-0 untuk ke final.

Ramai yang mengatakan Malaysia kalah semalam sebab pengadil dari negara K-Pop itu melayangkan kad kuning kedua seterusnya menerima kad merah kepada Fadhli Shas. Aku akui itu merupakan salah satu punca kita tewas, namun kita tidak harus menyalahkan keseluruhan kepada pengadil tetapi permukaan padang yang boleh aku katakan mirip sebijik macam tempat kerbau mandi merupakan faktor sampingan kita dikalahkan.

Fadhli ketika diarahkan keluar padang.
Masihkan anda ingat dengan komen Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang memberi teguran tentang pemilihan pemain Malaysia antara punca kita tewas kepada Singapura dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 Pusingan Kedua di Bukit Jalil. Selain itu, beliau juga berkata, Malaysia tidak akan dapat pertahankan Piala AFF Suzuki pada tahun ini andai sistem pemilihan pemain tidak dipilih dengan betul dan kata-kata itu ternyata benar apabila kita tewas kepada Thailand dalam aksi separuh akhir semalam.



Apa yang aku mahu  rumuskan di sini ialah Rajagobal tersangat kenal dengan pemainnya sehinggakan dia berulang kali berkata kepada wartawan ketika ditanya selepas Malaysia mengalami kekalahan dlam aksi persahabatan sebelum kejohanan ini bermula. Cuba anda perhatikan pasukan Thailand dan Singapura yang layak ke final, adakah jurulatih mereka mengambil pemain dari pasukan liga bawahan negara mereka? Tidak bukan.

Schafer merupakan bekas Jurulatih, VfB Stuttgart

Jurulatih Thailand, Winfred Schafer walaupun hanya menyaksikan pasukannya bermain di tempat duduk penonton semalam, dia harus dipuji kerana dia kenal pemain pasukannya. Pasukan kebangsaan Thailand rata-rata dianggotai oleh pemain yang menjuarai liga di negaranya. Teerasil Dangda dan Kawin antara pemain daripada kelab SCG.Moung Thong yang menjuarai Liga Utama Thailand.

Memulakan kariernya sebagai penjaga gol


Jurulatih Singapura, Radojko Avramovic memilih pemain yang mewakili pasukan Seberang Tambak itu adalah adalah pemain yang bermain dengan pasukan yang menjuarai Liga Singapura dan Lions XII yang bermain di Liga Super Malaysia atas tiket sebagai pasukan jemputan. Aleksandar Duric dan Mustafic Fahrudin adalah pemain yang mewakili Tampines Rovers yang menjuarai Liga S tahun ini.

Aku tak faham kenapa Rajagobal lebih gemar memilih  Amar Rohidan yang dianggap sebagai 'anak emas' beliau setiap kali perlawanan persahabatan mahupun apa apa kejohanan. Apa istimewanya mamat yang bernama Amar? Rajagobal hanya menyenaraikan dua pemain daripada pasukan yang menjuarai kesemua pertandingan anjuran FAM iaitu Kelantan. Khairul Fahmi Che Mat dan Shakir Shaari hanya dua orang ini sahaja dia kenal daripada pasukan The Red Warriors.

Pasukan Selangor yang menduduki tempat ketiga Liga Super hanya diwakili Bunyamin Omar dan Safiq Rahim. Ramai yang tertanya-tanya kenapa RG tak pilih Amri Yahyah yang boleh bertindak sebagai Attacking Midfield dan penyerang ini langsung tidak dipilih oleh beliau.

Safiq Rahim, apa peranan dia sebagai Kapten Malaysia? Adakah dia hanya bangga dengan sepakan percumanya yang cantik tapi kadang-kadang kelaut juga. Adakah dia hebat ambil sepakan percuma Rajagobal pilih dia sebagai pemain tengah dan dapat pakai lilitan armband sebagai ketua pasukan pulak tu.

Untuk pengetahuan semua Rajagobal telah berjaya merealisasikan targetnya dengan membawa Malaysia ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012 kerana dia target hanya sampai ke situ sahaja. Target utamanya adalah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 yang akan berlangung di Australia.

Aku tak nak ulas panjang sebab korang lebih pandai daripada aku untuk komen tentang persembahan Malaysia dalam kejohanan kali ini dan RAJAGOBAL lebih arif dalam memilih pemain dan taktikal untuk pasukan bimbingannya. Sekian!!!!

Monday, December 10, 2012

Malaysia diikat Thailand

Norshahrul diiktiraf sebagai pemain terbaik Malaysia semalam.
Malaysia sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Thailand dalam aksi Separuh Akhir Pertama Piala AFF Suzuki 2012 semalam. Beraksi di hadapan 90 000 penyokong, Malaysia terlebih dahulu menguasai perlawanan pada 15 minit pertama sebelum Thailand berjaya mencari rentak perlawanan.

Thailand hampir mendahului Malaysia setelah Adul Lahsoh merembat volley dari luar kotak penalti namun ia sedikit tersasar dari gawang gol Harimau Malaya yang dikemudi oleh Farizal Marlias. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Gol yang dicari cari akhirnya terhasil setelah Norshahrul Idlan Talaha menanduk masuk bola hasil hantaran lintang pertahanan kanan negara, Mahali Jasuli seterusnya menewaskan penjaga gol Thailand, Kawin pada minit-48.

Tindakan Rajagobal yang menggunakan formasi 4-5-1 harus dipuji ketika turun dengan skuad Gajah Perang itu yang lebih dikenali dengan corak permainan yang pantas. Dengan meletakkan dua 'centre midfield' iaitu Amar Rohidan dan Gary Steven Robbat dilihat memang menjadi kerana mereka berjaya menyekat pemain tengah Thailand, Datsakorn Thonglao. Datsakorn boleh dikatakan mati akal kerana dia sukar untuk memberi bola kepada Teerasil Dangda selaku penyerang utama.

Tersentak dengan jaringan Malaysia itu, Jurulatih Thailand, Winfred Schafer melakukan dua pertukaran dengan mengeluarkan pemain tengah dan pertahanan kiri, Adul Lahsoh, Theeraton dan memasukkan dua pemain sayap tambahan dan ia ternyata berhasil apabila Teerasil menyamakan kedudukan menjadi 1-1.Gol pertama Thailand hasil hantaran silang dari sebelah kanan pada minit-79.

Pemain gantian Malaysia, Safee Sali yang masuk menggantikan Amar Rohidan hampir menjaringkan gol kemenangan Malaysia pada minit-88 namun kuisannya gagal disambar rakan sepasukan untuk kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat.

Malaysia mesti menang di Thailand pada Separuh Akhir Kedua Khamis ini.

Saturday, December 8, 2012

Singapura ikat Filipina

Filipina gagal membawa bekalan selesa ke Stadium Jalan Besar setelah diikat seri oleh Singapura dalam aksi Separuh Akhir Pertama Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Memorial Rizal, Manila.

Singapura lebih mendominasi perlawanan tersebut dengan beberapa percubaan bahaya namun ianya dinafikan oleh pertahanan Filipina. Anak buah Hans Michael Wiess berjaya bangkit pada separuh masa kedua namun pemain Singapura gemar bermain corak permainan bertahan.

Sunday, December 2, 2012

Malaysia ke Separuh Akhir

Skuad kebangsaan mara ke Separuh Akhir Piala Suzuki AFF 2012 setelah menewaskan Indonesia 2-0 yang dimainkan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Anak buah Datuk K.Rajagobal memperoleh gol pertama hasil hantaran silang pertahanan kanan, Mahali Jasuli dan ianya berjaya diterjemahkan dalam bentuk jaringan oleh Azamuddin Akil pada minit ke 26. Gol pertama itu ternyata memberi motivasi kepada pemain untuk bangkit dan gol kedua Malaysia dijaringkan oleh Mahali Jasuli yang bijak meloloskan diri dalam kotak penalti setelah menerima umpanan Wan Zak Haikal. Malaysia mengiringi Singapura ke Separuh Akhir yang juga Juara Kumpulan A setelah menewaskan Laos 4-3 di Stadium Shah Alam. Singapura akan bertemu Filipina pada Sabtu depan manakala Malaysia pula akan turun menentang Thailand pada keesokan harinya di Bukit Jalil.

SELAMANYA HARIMAU MALAYA