Monday, December 10, 2012

Malaysia diikat Thailand

Norshahrul diiktiraf sebagai pemain terbaik Malaysia semalam.
Malaysia sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Thailand dalam aksi Separuh Akhir Pertama Piala AFF Suzuki 2012 semalam. Beraksi di hadapan 90 000 penyokong, Malaysia terlebih dahulu menguasai perlawanan pada 15 minit pertama sebelum Thailand berjaya mencari rentak perlawanan.

Thailand hampir mendahului Malaysia setelah Adul Lahsoh merembat volley dari luar kotak penalti namun ia sedikit tersasar dari gawang gol Harimau Malaya yang dikemudi oleh Farizal Marlias. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Gol yang dicari cari akhirnya terhasil setelah Norshahrul Idlan Talaha menanduk masuk bola hasil hantaran lintang pertahanan kanan negara, Mahali Jasuli seterusnya menewaskan penjaga gol Thailand, Kawin pada minit-48.

Tindakan Rajagobal yang menggunakan formasi 4-5-1 harus dipuji ketika turun dengan skuad Gajah Perang itu yang lebih dikenali dengan corak permainan yang pantas. Dengan meletakkan dua 'centre midfield' iaitu Amar Rohidan dan Gary Steven Robbat dilihat memang menjadi kerana mereka berjaya menyekat pemain tengah Thailand, Datsakorn Thonglao. Datsakorn boleh dikatakan mati akal kerana dia sukar untuk memberi bola kepada Teerasil Dangda selaku penyerang utama.

Tersentak dengan jaringan Malaysia itu, Jurulatih Thailand, Winfred Schafer melakukan dua pertukaran dengan mengeluarkan pemain tengah dan pertahanan kiri, Adul Lahsoh, Theeraton dan memasukkan dua pemain sayap tambahan dan ia ternyata berhasil apabila Teerasil menyamakan kedudukan menjadi 1-1.Gol pertama Thailand hasil hantaran silang dari sebelah kanan pada minit-79.

Pemain gantian Malaysia, Safee Sali yang masuk menggantikan Amar Rohidan hampir menjaringkan gol kemenangan Malaysia pada minit-88 namun kuisannya gagal disambar rakan sepasukan untuk kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat.

Malaysia mesti menang di Thailand pada Separuh Akhir Kedua Khamis ini.

No comments:

Post a Comment