Friday, December 14, 2012

Sampai di sini sahaja...


Aksi Malaysia dalam kempen Piala Suzuki AFF 2012 berakhir di Bangkok setelah pasukan bimbingan Winfred Schafer berjaya menewaskan Harimau Malaya dengan agregat 3-1. Thailand akan bertemu Singapura dipentas akhir setelah Sang Singa membaham Filipina 1-0 untuk ke final.

Ramai yang mengatakan Malaysia kalah semalam sebab pengadil dari negara K-Pop itu melayangkan kad kuning kedua seterusnya menerima kad merah kepada Fadhli Shas. Aku akui itu merupakan salah satu punca kita tewas, namun kita tidak harus menyalahkan keseluruhan kepada pengadil tetapi permukaan padang yang boleh aku katakan mirip sebijik macam tempat kerbau mandi merupakan faktor sampingan kita dikalahkan.

Fadhli ketika diarahkan keluar padang.
Masihkan anda ingat dengan komen Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang memberi teguran tentang pemilihan pemain Malaysia antara punca kita tewas kepada Singapura dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 Pusingan Kedua di Bukit Jalil. Selain itu, beliau juga berkata, Malaysia tidak akan dapat pertahankan Piala AFF Suzuki pada tahun ini andai sistem pemilihan pemain tidak dipilih dengan betul dan kata-kata itu ternyata benar apabila kita tewas kepada Thailand dalam aksi separuh akhir semalam.



Apa yang aku mahu  rumuskan di sini ialah Rajagobal tersangat kenal dengan pemainnya sehinggakan dia berulang kali berkata kepada wartawan ketika ditanya selepas Malaysia mengalami kekalahan dlam aksi persahabatan sebelum kejohanan ini bermula. Cuba anda perhatikan pasukan Thailand dan Singapura yang layak ke final, adakah jurulatih mereka mengambil pemain dari pasukan liga bawahan negara mereka? Tidak bukan.

Schafer merupakan bekas Jurulatih, VfB Stuttgart

Jurulatih Thailand, Winfred Schafer walaupun hanya menyaksikan pasukannya bermain di tempat duduk penonton semalam, dia harus dipuji kerana dia kenal pemain pasukannya. Pasukan kebangsaan Thailand rata-rata dianggotai oleh pemain yang menjuarai liga di negaranya. Teerasil Dangda dan Kawin antara pemain daripada kelab SCG.Moung Thong yang menjuarai Liga Utama Thailand.

Memulakan kariernya sebagai penjaga gol


Jurulatih Singapura, Radojko Avramovic memilih pemain yang mewakili pasukan Seberang Tambak itu adalah adalah pemain yang bermain dengan pasukan yang menjuarai Liga Singapura dan Lions XII yang bermain di Liga Super Malaysia atas tiket sebagai pasukan jemputan. Aleksandar Duric dan Mustafic Fahrudin adalah pemain yang mewakili Tampines Rovers yang menjuarai Liga S tahun ini.

Aku tak faham kenapa Rajagobal lebih gemar memilih  Amar Rohidan yang dianggap sebagai 'anak emas' beliau setiap kali perlawanan persahabatan mahupun apa apa kejohanan. Apa istimewanya mamat yang bernama Amar? Rajagobal hanya menyenaraikan dua pemain daripada pasukan yang menjuarai kesemua pertandingan anjuran FAM iaitu Kelantan. Khairul Fahmi Che Mat dan Shakir Shaari hanya dua orang ini sahaja dia kenal daripada pasukan The Red Warriors.

Pasukan Selangor yang menduduki tempat ketiga Liga Super hanya diwakili Bunyamin Omar dan Safiq Rahim. Ramai yang tertanya-tanya kenapa RG tak pilih Amri Yahyah yang boleh bertindak sebagai Attacking Midfield dan penyerang ini langsung tidak dipilih oleh beliau.

Safiq Rahim, apa peranan dia sebagai Kapten Malaysia? Adakah dia hanya bangga dengan sepakan percumanya yang cantik tapi kadang-kadang kelaut juga. Adakah dia hebat ambil sepakan percuma Rajagobal pilih dia sebagai pemain tengah dan dapat pakai lilitan armband sebagai ketua pasukan pulak tu.

Untuk pengetahuan semua Rajagobal telah berjaya merealisasikan targetnya dengan membawa Malaysia ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012 kerana dia target hanya sampai ke situ sahaja. Target utamanya adalah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 yang akan berlangung di Australia.

Aku tak nak ulas panjang sebab korang lebih pandai daripada aku untuk komen tentang persembahan Malaysia dalam kejohanan kali ini dan RAJAGOBAL lebih arif dalam memilih pemain dan taktikal untuk pasukan bimbingannya. Sekian!!!!

No comments:

Post a Comment