Monday, November 7, 2011

Misi Balas Dendam


foto kredit kepada Dunia Sukan Online

                                                        SINGAPURA lwn MALAYSIA
                                             Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia
                                                                       5.00 p.m
                                                         TV 1 dan Astro Arena 801

Itulah hasrat yang dipikul oleh anak-anak buah Ong Kim Swee yang akan turun menentang Singapura pada perlawanan pembukaan Kumpulan A pada jam 5 petang ini di Stadium Gelora Bung Karno.Misi kali ini amat besar kerana para pemain Skuad Sea B-23 kali ini turun untuk mempertahankan pingat Emas yang dimenangi dua tahun lalu di Viantiane, Laos.

Walaupun ramai yang menjangkakan misi untuk mempertahankan Emas pada kali ini amat sukar kerana Malaysia diundi dalam kumpulan ''MAUT'' bersama-sama tuan rumah Indonesia, Thailand, Singapura dan dan Kemboja.Namun tugas untuk mempertahankan pingat pada kali ini bukan sahaja digalas seorang diri oleh Kim Swee malah dipikul secara bersama oleh anak-anak buahnya.Meskipun skuad kali ini menampilkan ramai muka-muka baharu, Kim Swee yakin pasukan yang dibentuk olehnya mampu mara ke peringkat Separuh Akhir terlebih dahulu sebelum memikirkan ke perlawanan Akhir.Meskipun terpaksa menggugurkan Wan Zack Haikal dan Gary Steven Robbat disaat-saat akhir akibat kecederaan, beliau mempunyai barisan pelapis kedua dengan menamakan Nazmi Faiz Mansor dan Amer Saedin dari Harimau Muda B yang ternyata membuka mata banyak pihak yang ragu terhadap kemampuan dua orang pemain tersebut yang masih cetek lagi pengalaman.Selain itu, Kim Swee juga mempertaruhkan muka lama yang telah beraksi pada Sukan Sea 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010 seperti Khairul Fahmi, Baddrol Bakhtiar, Asraruddin Putra, Izzaq Faris, Fadhli Shas, Muslim Ahmad dan Fakri Saarani.

Malaysia hadir pada temasya Sukan Sea kali ini selaku wakil tunggal Asia Tenggara yang layak ke peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik London 2012.Status tersebut pastinya mahu dipadamkan oleh musuh tradisi Malaysia iaitu Thailand, Indonesia dan Singapura yang dilihat sebagai pencabar utama pada kali ini.Singapura pastinya akan turun dengan misi untuk merampas kembali gelaran daripada Malaysia di laman keramat Sang Garuda di Gelora Bung Karno.Di bawah bimbingan jurulatih Slobodan Patkovic yang juga merupakan Pengarah Teknikal FAS pastinya akan menurukan kesebelasan terbaik untuk menyerap setiap asakan pemain Malaysia.

Lilitan kapten pasukan Skuad Sukan Sea B-23 kali ini diberikan kepada pemain berpengalaman, Baddrol Bakhtiar manakala penolong kapten digalas oleh penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat.Pengalaman Baddrol amat ditagih petang ini untuk merencanakan sesuatu kepada rakan-rakan sepasukan supaya dapat menyerap segala tekanan lawan dan bermain secara profesional.Baddrol yang dijangka akan bergandingan dengan Syahrul Azwari di bahagian serangan diharap mampu mencetak gol awal supaya memberi kelebihan kepada Malaysia untuk berada di depan.

Berikut adalah kesebelasan bayangan Singapura lwn Malaysia petang ini:-

                                                         *****Khairul Fahmi*****
                         ***Asraruddin***Fadhli Shas***Muslim Ahmad***Mahali Jasuli***
   ***Yong Kuang Yong******Shukor Salleh******K.Gurusamy******Irfan Fazail***
                                               ***Syahrul Azwari***Baddrol Bakhtiar(K)***

Pemain Simpanan:-
1) Izham Tarmizi Roslan
2) Zubir Azmi
3) Amer Saedin
4) Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
5) Nazmi Faiz Mansor
6) Izzat Faris Ramlan
7) Ahmad Fakri Saarani


Dengan semangat MALAYSIA BOLEH saya yakin MALAYSIA mampu untuk mencipta kemenangan ke atas Singapura petang ini.Kami sentiasa di belakang mu wahai Harimau Muda...
         

No comments:

Post a Comment