Sunday, November 27, 2011

Mesti Menang!!!!




Itulah perkataan yang keluar dari mulut Jurulatih Skuad Olimpik Kebangsaan, Ong Kim Sweee yang mahu anak buahnya melakarkan kemenangan pertama pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan. Malaysia akan turun menentang Bahrain pada malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut, Kim Swee mahu anak buahnya betul-betul fokus pada perlawanan malam ini jika mahu berada di tempat kedua kumpulan. Turun selaku wakil tunggal Asia Tenggara yang melayakkan diri ke peringkat kumpulan ini, beliau mahu Harimau Muda tidak memandang rendah kemampuan Bahrain kerana negara dari Timur Tengah juga memerlukan kemenangan untuk kembali menghidupkan peluang selepas diabkan pada dua perlawanan sebelum ini oleh Syria dan Jepun.


Kim Swee mahu anak buahnya mengamalkan corak permainan secara menyerang sebaik wisel perlawanan dibunyikan dengan harapan dapat menjaringkan gol awal.Menurutnya, di sebalik menggunakan corak menyerang terhadap pasukan hebat seperti Bahrain, beliau juga tidak mahu barisan pertahanannya leka dan melakukan kesilapan kecil dan boleh mengundang padah seperti yang berlaku pada aksi menentang Syria Rabu lalu.



Khidmat pemain pertahanan tengah, Muslim Ahmad tidak dapat digunakan malam ini kerana mengalami kecederaan hamstring ketika perlawanan Rabu lalu.Beliau masih menaruh harapan kepada A.Thamil Arasu sebagai penyerang dan Nazmi Fazmi menerajui bahagian tengah walaupun Irfan Fazail,Syahrul Azwari dan Fadhli Shas dijangka membarisi kesebelasan utama pasukan malam ini.


'' Saya tidak kira siapa menjaringkan gol, asalkan kita dapat megutip tiga mata. Harapan peminat tinggi untuk melihat skuad olimpik menang dan saya berjanji cuba memberikan persembahan terbaik kepada mereka.'' kata Ong Kim Swee.


Beliau mahu membalas kepercayaan penyokong yang sanggup turun bersama-sama menyokong pasukannya dengan menghadiahkan kemenangan kepada mereka. Jika Malaysia menang malam iini, laluan untuk menduduki tangga kedua kumpulan kembali terbuka.



MALAYSIA BOLEH!!!
SELAMANYA SOKONG MALAYSIA!!!



No comments:

Post a Comment