Saturday, June 30, 2012

Kelantan Kembali Terajui Takhta Liga Super...


foto kredit kepada J Photography
Kelantan kembali menduduki tempat teratas takhta Liga Super selepas membenam Selangor 1-0 di gelanggang keramat mereka di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat. Pasukan yang diberi jolokan The Red Warriors ini membuka tirai jaringan pada minit ke 25 setelah Muhammad Ghaddar menanduk masuk bola hasil sepakan sudut Norfarhan Mohamad.

Tiga minit kemudian, Norfarhan mencipta satu lagi peluang untuk Kelantan dari satu lagi sepakan sudut, tetapi percubaan Daudsu Jamaludin terkena palang.

Selangor cuba untuk bangkit di separuh masa kedua tetapi tidak dapat menebus benteng pertahanan kukuh Red Warriors.

Kelantan hampir-hampir menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke-62 tetapi rembatan Indra Putra Mahyuddin ditepis oleh penjaga gawang Selangor.

Keputusan itu bermakna pasukan Bojan Hodak akhirnya bergerak ke atas LIONSXII di tempat pertama di kedudukan Liga Super, dengan dua perlawanan dalam tangan.

Pada perlawanan semalam juga menyaksikan beberapa aksi kekasaran yang tidak sepatutnya berlaku dalam permainan bola sepak. Insiden tersebut menyaksikan penyerang import Kelantan dari Lubnan, Ghaddar menjadi mangsa kekasaran oleh pemain Selangor.

Penulis berharap insiden seperti itu mendapat perhatian sepenuhnya oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana kita tidak mahu insiden seperti itu berulang lagi pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment