Wednesday, July 4, 2012

Kandas lagi...

Syahrul Azwari Ibrahim kecewa selepas Malaysia kalah semalam.

HASRAT pemain Harimau Muda untuk layak beraksi secara ‘merit’ ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 22 Tahun tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah Myanmar 1-2 dalam saingan Kumpulan G, semalam.

Dua gol pasukan tuan dijaringkan K S Thu pada minit ke-33 dan 52 manakala gol sagu hati diperolehi oleh Harimau Muda pada penghujung saingan melalui penalti disempurnakan Rozaimi Abd Rahman.

Harimau Muda lebih dahulu memberi ancaman melalui Asri Chuhu yang melepaskan rembatan di kiri gawang gol tuan rumah yang berjaya ditepis penjaga gawang tuan rumah.

Tersentak serangan itu, tuan rumah mengandakkan asakan dan berhasil pada minit ke-33 melalui K S Thu yang mendapat hantaran pendek dari rakan dalam kotak penalti Harimau untuk mudah melepaskan rembatan mengegarkan jaring gol pelawat.

Penyerang tuan rumah, K S Thu sekali lagi menjadi penghalang buat pemain Ong Kim Swee apabila berjaya menewaskan penjaga gawang pelawat pada minit ke-52.

Harimau Muda cuba bangkit mencari gol melalui beberapa gerakan cantik namun gagal menembusi benteng pertahanan tuan rumah.

Gol saguhati Harimau akhirnya diperolehi melalui penalti selepas Mohd Rozaimi dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit 90 dan disempurnakan bintang semakin bersinar, Rozaimi.

No comments:

Post a Comment