Thursday, November 17, 2011

Kenangan Baracuda Kembali Lagi???


***foto kredit kepada Bolasepak Malaysia



Musuh negara serumpun ini akan kembali bertemu di gelanggang Gelora Bung Karno malam ini.Dendam kekalahan 4-1 kepada Malaysia pada kejohanan Piala AFF Suzuki AFF masih lagi terasa oleh penyokong-penyokong Indonesia.


Perlawanan yang amat dinantikan oleh penyokong kedua-dua negara mendapat liputan media yang meluas terutamanya di Indonesia. Akhbar dan televisyen mereka terus menyeru penyokong Indonesia untuk memberi sokongan 100% kepada timnas Indonesia (pasukan kebangsaan) itu.Walaupun Skuad B-23 Indonesia tampil dengan pasukan yang berbeza pada temasya kali ini, dendam kepada Malaysia masih lagi dirasai. Hasrat mereka ialah mahu merampas kembali Emas acara Bola Sepak yang dimenangi Malaysia 2009 di Laos lalu. Tiga hari sebelum perlawanan bermula, penyokong Indonesia telah memulakan perang psikologi kepada Malaysia melalui facebook dan twitter yang mengatakan kekecewaan tahun lepas akan ditebus malam ini dan banyak lagi komen-komen mereka yang penuh dengan cemuhan kepada skuad kebangsaan.


Skuad B-23 Malaysia dibawah bimbingan Ong Kim Swee mahu anak-anak buahnya bermain bermati-matian bukan untuk mendapat keputusan seri dengan Indonesia tetapi mahu melakarkan kemenangan ke atas timnas Indonesia itu. Slot ke Separuh Akhir belum lagi terjamin kerana Malaysia berkongsi tujuh mata dengan Singapura yang cuma dipisahkan dengan perbezaan jaringan yang dimiliki oleh Malaysia.Jika mahu ke mengisi slot tersebut, Malaysia mestilah mendapat sekurang-kurangnya satu mata lagi. ''Harimau Malaya" pastinya akan mendapat tekanan psikologi kerana Stadium Gelora Bung Karno pastinya akan dipenuhi lautan merah penyokong-penyokong Garuda itu nanti.


Apabila berada di atas padang malam ini, Malaysia hendaklah bijak menyerap tekanan yang dirasai. Dek kerana terlalu menyelami tekanan tersebut, pastinya corak permainan Malaysia mudah untuk dirobek oleh Indonesia. Ini kerana, anak-anak buah K.Rajagopal pernah merasai pengalaman menaiki baracuda (kereta kebal) dalam bahasa Indonesia. Pihak tuan rumah memberi layanan seperti itu semasa skuad Malaysia (Senior) mahu ke stadium yang untuk perlawanan akhir kedua yang mendapat tumpuan penyokong-penyokong mereka sepanjang perjalanan ke stadium.


Ini adalah kesebelasan kemungkinan ramalan penulis yang akan diturunkan oleh Kim Swee malam ini.

                                                    ****Khairul Fahmi (GK)****
           ***Mahali Jasuli***Muslim Ahmad***Fadhli Shas***Asraruddin Putra***
   *****Syahrul Azwari*****Nazmi Faiz*****K.Gurusamy*****Wan Zaharulnizam***
                                                *****Baddrol Bakhtiar*****(C)
                                                    *****Irfan Fazail*****

Barisan Pemain Simpanan:
1. Izham Tarmizi Roslan(GK)
2. Zubir Azmi
3.Yong Kuang Yong
4. Fandi Othman
5. Fakri Saarani
6. Izzaq Faris Ramlan
7. A.Thamil Arasu


MALAYSIA BOLEH...
TEWASKAN SAHAJA GARUDA...

1 comment: