Tuesday, November 22, 2011

Misi Berjaya!!!





Alhamdulillah....
Itulah yang dapat penulis perkatakan selepas Skuad Sukan Sea kali ini berjaya mempertahankan ''Ibu Segala Emas'' selepas mengharungi 120 minit perlawanan akhir penentuan pingat Emas bagi acara bola sepak selepas kedudukan terikat seri 1-1 pada masa sebenar permainan.



Pujian harus diberikan kepada semua pemain yang diturunkan pada malam ini kerana  berjaya mempamerkan aksi yang terbaik walaupun Malaysia terlebih dahulu ketinggalan pada minit keenam hasil jaringan pemain pertahanan Indonesia Gunawan. Ternyata selepas ketinggalan satu gol tersebut, anak-anak buah Ong Kim Swee cepat menyerap asakan dan berjaya melakukan beberapa percubaan ke arah pintu gol Indonesia namun gagal untuk ditembusi sehinggalah pada minit ke-35 pemain sayap kiri Malaysia, Asraruddin Putra Omar berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk skuad kebangsaan setelah menerima umpanan cantik dalam kotak penalti oleh Baddrol Bakhtiar kesudahannnya ditandukkan kemas oleh Asra.



Kedudukan satu sama kekal sehingga tamat perlawanan masa sebenar permainan memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan namun tiada jaringan yang berjaya dihasilkan oleh Indonesia walaupun lebih banyak menguasai perlawanan pada masa tambahan.Sepakan penalti nyata memberi tuah kepada Malaysia apabila berjaya menjaringkan empat daripada lima sepakan yang diambil manakala Indonesia hanya menjaringkan tiga gol sahaja.



 Kelibat penyerang Indonesia, Titus Bonai dan Patrich Wanggai sememangnya berbisa untuk menembusi gawang gol Malaysia namun ia berjaya dinafikan oleh pemain-pemain pertahanan Malaysia yang bertungkus lumus menafikan daripada Indonesia menjaringkan gol. Wira Malaysia yang diangkat pada perlawanan akhir tersebut, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membawa Malaysia mempertahankan EMAS yang dimenangi di Laos dua tahun lalu walaupun nampak sukar selepas Fakri Saarani gagal menjaringkan sepakan penalti. Kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar menjulang Malaysia sekali lagi selaku jaguh ASEAN setelah sepakan penalti terakhir yang diambil olehnya berjaya menembusi pintu gol walaupun penjaga gol Indonesia cuba untuk menangkapnya namun sepakan deras yang diambil Baddrol berjaya menidakkan segala-galanya.



Kunci kejayaan pasukan ini pada pendapat penulis ialah, para pemain tidak mengenal erti putus asa untuk bermain sehingga wisel penamat walaupun bermain di gelanggang keramat tuan rumah yang ternyata memberi kelebihan kepada Indonesia. Apa pun syabas penulis ucapkan kepada barisan-barisan 20 pemain, jurulatih dan pengurusan Skuad Bola Sepak Sukan Sea kali ini kerana bekerja bertungkus lumus demi untuk mempertahankan Emas untuk Malaysia.


SYABAS MALAYSIA!!!!!!
MALAYSIA BOLEH!!!!!!
SELAMANYA SOKONG MALAYSIA!!!!!!

1 comment:

  1. ~TANAH TUMPAHNYA DARAHKU~

    http://cebagoomarket.blogspot.com/2011/11/tanah-tumpahnya-darahku.html

    ReplyDelete