Friday, November 4, 2011

Realistik atau Tidak???



Mungkin anda terkejut atau tidak tajuk di atas.Dalam tulisan saya kali ini ingin mencoretkan tentang sasaran untuk mencapai pingat emas di Sukan Sea Palembang Jakarta 2011 kali ini.Dua badan induk yang mengendalikan atlet ke temasya tersebut Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan sasaran yang berbeza pada pertandingan sukan dwi tahunan Asia Tenggara ini.MSN di bawah naungan Dato Zolkeples Embong meletakkan sasasaran 40 hingga 45 pingat emas untuk dibawa pulang pada tahun ini serta mempertahankan Emas untuk acara Bola Sepak yang berjaya dimenangi semasa Sukan Sea Korat, Thailand 2009 lepas.Manakala MOM di bawah kepimpinan YM Tunku Imran Tuanku Jaafar meletakkan sasaran sebanyak 60 emas pada kali ini.

Pada pendapat sesetengah pengamal sukan tempatan, ia merupakan sasaran yang kurang realistik oleh MSN kerana badan induk tersebut seolah-olah tidak berkeyakinan dengan kemampuan atlet-atlet Malaysia untuk menggondol emas sebanyak mana yang mungkin.Sedangakan Menteri Belia dan Sukan, Dato Seri Ahmad Shabery Chek meletakkan harapan tinggi kepada atlet-atlet Malaysia dalam acara tertentu untuk memperoleh Emas Pertama negara pada temasya sukan empat tahun sekali iaitu Sukan Olimpik yang mana London akan menjadi tuan rumah seterusnya pada tahun 2012 tahun hadapan.Jika difikirkan secara logiknya, mampukah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kembali ke landasan asalnya untuk menggondol pingat emas pertama melalui acara perseorangan yang dipikul oleh Dato Lee Chong Wei dan beregu utama negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mana prestasi mereka kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Jika kontinjen Malaysia pada Sukan Sea Palembang Jakarta, Indonesia memperoleh pungutan pingat emas melebihi daripada sasaran yang diletakkan oleh MSN, ia akan dianggap berjaya kerana atlet-atlet yang akan bertanding pada temasya kali ini berjaya membuktikan bahawa mereka mampu membawa pulang pingat emas melebihi sasaran MSN.

Akhir kalam, saya mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada atlet-atlet Malaysia yang akan berjuang pada sukan dwi tahunan ini dengan penuh semangat kesukanan walaupun kita tahu bahawa pihak penganjur mempunyai beberapa masalah seperti venue perlawanan lambat siap, jadual sering diubah dan venue ataupun gelanggang sering bertukar pada saat akhir.Kontinjen Malaysia akan diketuai oleh Dato Naim Mohamed yang akan memastikan semua acara yang disertai, penginapan dan makan minum atlet-atlet diuruskan dengan lancar.

MALAYSIA BOLEH!!!!!!

1 comment:

  1. sbb saya sygkan MALAYSIA sy bg kritikan dan pujian diatas..

    ReplyDelete