Friday, July 6, 2012

FAM tidak buat bantahan???

Kita tak buat bantahan rasmi

Setiausaha Agung FAM, Dato Azzuddin Ahmad sebentar tadi mengesahkan bahawa FAM tidak akan membuat sebarang bantahan kepada AFC mengenai pemain Myammar yang lebih umur.

Pada Kelayakan Piala Asia Bwh-22 yang berakhir pada Selasa lepas, Malaysia yang diundi bersama Myammar tewas pada perlawanan terakhir kepada pasukan tuan rumah tersebut 1-2 di Yangon dan menyebabkan slot untuk pasukan Kim Swee layak secara automatik mengiringi Korea Selatan untuk ke pusingan akhir Piala AFC Bwh-22 2013. Pasukan Myammar (tuan rumah) telah dilanda kontroversi apabila wakil media kita yang membuat liputan di sana mendakwa, pasukan tersebut mendaftar beberapa orang pemain yang melebihi had umur yang ditetapkan iaitu 22 tahun ke bawah.

Jurulatih Malaysia Bwh-22,Ong Kim Swee telah membuat bantahan awal selepas tamat perlawanan tersebut dan AFC mengesahkan yang pihak mereka telah menerima makluman bantahan tersebut daripada Komisioner Perlawanan. Namun AFC memberitahu FAM hendaklah membuat bantahan rasmi 48 jam selepas tamat perlawanan diantara Myammar menentang Malaysia dan ini bermakna FAM mempunyai masa sehingga jam 6 petang semalam untuk membuat sebarang bantahan. Adakah FAM membuat bantahan mengenai isu tersebut?

Pada sidang medianya hari ini, Azzuddin mengesahkan yang pihaknya tidak akan menghantar bantahan rasmi kepada AFC kerana bukti yang diterima tidak kukuh dan dikhuatiri jika dihantar bantahan tanpa bukti kukuh, ia hanya akan memberi imej buruk kepada FAM.

Imej buruk??? Kegagalan FAM untuk menghantar bantahan rasmi kepada AFC akan menambahkan lagi kebencian peminat bola sepak tempatan kepada badan induk tersebut. Jika sebelum ini jelas kedengaran media tempatan menyuruh Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Dato Nadzmi Salleh meletakkan jawatan ekoran daripada kegagalan skuad Piala Thomas yang kecundang lebih awal tetapi dalam bola sepak mengapa dan kenapa media tempatan tidak menyuarakan pandangan mereka yang mewakili suara peminat tempatan yang mahukan PENGURUSAN FAM yang ada sekarang DIROMBAK???

Adakah kerana mereka terlalu mengkuti Etika Kewartawanan ataupun sebaliknya?? "This is Malaysia Our Country". Kita bebas untuk bersuara dan meluahkan apa sahaja pendapat sama ada yang kita setuju ataupun yang kita bangkang. Sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 10 Fasal 2,3, dan 4 ada menyatakan setiap warganegara berhak kepada kebebasan untuk bercakap dan bersuara. Sila rujuk di DI SINI untuk maklumat yang lebih lanjut.

Ingat!!! Ini bukan zaman tengok berita jam 8 malam baru tahu apa yang berlaku di dalam dan luar negara dan zaman baca surat khabar keesokan pagi sambil minum kopi lagi, sebaliknya ini sekarang ini dunia facebook,twitter, blog dan sebagainya lagi. Setiap perkara yang berlaku pastinya akan tersebar dengan pantas dan sebaran berita itu akan menjadi lebih cepat jika jari jemari yang menggerakkan tetikus itu hanya menekan "share" untuk dikongsikan kepada rakan-rakan mereka.

Untuk semua peminat dan pencinta bola sepak tempatan, ayuh kita tunjukkan ketidakpuasan hati anda kepada FAM dengan turun bersama-sama di Hotel Royal Chulan esok sempena Kongres FAM kali ke-8 di hotel tersebut jam 9 pagi.






No comments:

Post a Comment