Sunday, July 8, 2012

Kelantan Kekalkan Kejuaraan Liga Super...

Bersorak gembira...
Kelantan berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super 2012 yang dimenangi buat kali pertama oleh mereka pada tahun lepas setelah menewaskan Perak dengan jaringan yang besar 6-0 sekali gus membolehkan mereka unutk bergelar Juara Liga Super 2012 lebih awal.

Kelantan memimpin perlawanan pada separuh masa dengan 5-0. Kelantan tampil garang dengan mendahului 5-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-16 dan 29, Mohamad Ghaddar (18), Badhri Radzi (22) dan Nurul Azwan Roya (38).


Perak bertambah parah apabila kaptennya, Shahrulnizam Mustapha dilayangkan kad merah selepas bertindak kasar terhadap Ghaddar pada masa kecederaan.

Pada babak kedua, Kelantan membawa masuk Norshahrul Idlan Talaha menggantikan Ghaddar manakala Perak memasukkan penjaga gol simpanan, Kamarul Effandy Abdul Rahim menggantikan Nasril Nourdin.

Namun gawang Perak terus bocor apabila Indra Putra melengkapkan hatriknya pada minit ke-48 untuk gol keenam Kelantan.

Memandangkan pasukan Kelantan menjuarai Piala FA serta Liga Super, ini bermakna kouta pasukan yang akan mewakili Malaysia dalam kejohanan Piala AFC tahun hadapan ialah Kelantan dengan Sime Darby. Kouta yang digunapakai sekarang ialah Juara Liga Super serta Juara Piala FA. Jika Juara Liga Super dan Juara Piala FA dari pasukan yang sama, Naib Juara Piala FA akan diangkat untuk memenuhi kouta tersebut.



#SYABAS KELANTAN.








No comments:

Post a Comment