Thursday, April 26, 2012

Barcelona tunduk kepada Chelsea



Pengurus sambilan Roberto Di Matteo telah memuji semangat para pemain Chelsea dalam usaha mengatasi Barcelona.

Pasukan Blues telah mengatasi cabaran bermain tanpa John Terry dalam separuh masa pertama di Nou Camp untuk mara ke perlawanan akhir di Munich.

Chelsea telah memulakan perlawanan dengan kemenangan 1-0 di Stamford Bridge tetapi telah dibolos oleh gol Sergio Busquets dan Andres Iniesta sebelum Terry dibuang padang akibat melutut Alexis Sanchez dari belakang.

Walaubagaimanapun Ramires telah menjaringkan gol dalam masa kecederaan separuh masa pertama dengan tendangan cip setelah Lionel Messi mensia-siakan percubaan penalti yang telah terkena tiang, Fernando Torres pula telah disertakan masuk dan menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan separuh masa kedua.

“Ia adalah perlawanan yang amat mengagumkan.” Di Matteo berkata.

“Saya amat gembira dan berpuas hati dengan semua pemain.”

“Kami telah menghadapi musim yang mencabar dan ia amat memuaskan apabila dapat menunjukkan prestasi yang istimewa.”

“Saya rasa ia sebahagian daripada DNA para pemain.”

“Barcelona adalah pasukan terbaik di dunia. Mereka amat hebat.”

“Mereka mempunyai beberapa pemain yang terbaik dalam pasukan mereka.”

“Cara permainan kami dan cara kami mempertahankan gawang menunjukkan keinginan untuk mara ke perlawanan akhir.”

Chelsea akan tahu pasukan lawan pada 19 Mei esok apabila Real Madrid bertemu Bayern Munich dalam perlawanan separuh-akhir kedua.

“Saya amat puas dengan para pemain.” Di Matteo menambah. “Mereka telah berusaha dengan baik.”

“Kami selalu dapat mencari inspirasi pada saat terakhir.”

“Kami jelas bukan pilihan kegemaran, walaupun sudah memenangi mereka dalam perlawanan pertama.”

Walaupun mara, Chelsea tidak dapat menyertakan beberapa pemain penting termasuk Terry, Ramires, Branislav Inanovic dan Raul Meireles akibat dilayangkan kad oleh pengadil sementara Gary Cahill menghadapi kecederaan.

“Untuk masa ini, kami akan cuba untuk menikmati kemenangan kerana ia amat bermakna untuk kelab ini.”

“Kami akan melihat pemain yang sedia ada dan kami akan menyertakan pasukan yang terbaik.”

“Kami juga bernasib baik dan ia adalah penting untuk memenangi trofi.”

Sementara itu Pengurus Barcelona, Pep Guardiola ternyata amat kecewa dengan kekalahan tersebut.

Pengurus Barcelona Pep Guardiola amat kecewa setelah setelah pasukannya kalah di tangan Chelsea dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara.

Walaupun merupakan pilihan kegemaran untuk mara ke pusingan seterusnya, Barcelona telah disingkir oleh Chelsea dengan agregat 3-2. Jaringan daripada Andres Iniesta dan Sergio Busquets telah diatasi oleh Ramires dan Fernando Torres.

Guadiola berasa amat sedih setelah perlawanan walaupun telah memuji usaha pemainnya. Walaubagaimanapun dia telah mengakui yang mereka akan mengambil masa untuk melupakan kekecewaan ini.

“Ini bukan tahun kami. Perkara pertama yang melalui fikiran saya adalah perasaan kekecewaan besar. Maafkan saya jika saya tidak boleh melihat ke masa depan tetapi persepsi saya adalah yang saya akan mengatakan yang “kami telah bermain dalam perlawanan yang hebat.” Guardiola telah berkata kepada laman rasminya.

“Kami telah bertungkus-lumus dengan baik selama 180 minit, kami telah berusaha sedaya upaya untuk ke pusingan seterusnya. Kami tidak pernah bekerja sekeras ini untuk ke perlawanan akhir.”

Bekas pemain Barcelona itu juga telah menyatakan tentang bagaimana jaringan Ramires telah menjejas pasukannya serta tendangan penalti Lionel Messi.

“Kami telah menyaksikan ulangan cerita yang sama di London, mereka telah menjaringkan gol dalam masa kecederaa. Keputusan 2-1 tidak baik untuk kami secara psikologi. Kami telah memulakan separuh masa kedua dengan penalti dan keyakinan mereka telah dikukuhkan..” Guardiola berkata.

Walaubagaimanapun Guirdiola telah menyatakan yang pemain Argentina itu tidak patut disalahkan walaupun telah mensia-siakan tendangan penaltinya. Pengurus Barcelona itu percaya yang kelab itu tidak akan mencapai kejayaannya tanpa sumbangan Messi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih setelah segala usaha beliau, saya amat mengkagumi beliau. Dia adalah pemain contoh untuk kami.”

Guardiola pula enggan menyatakan apa-apa tentang masa depannya dengan pasukan Catalan itu walaupun telah mengakui yang perbincangan dengan presiden kelab Sandro Rosell akan bermula dalam beberapa hari lagi.

“Saya akan berjumpa dengan presiden Sandro Rosell dalam beberapa hari dan kami akan membuat keputusan yang terbaik.”

“Kami harus mengambil kira perasaan para pemain dan mengambil tindakkan yang terbaik.”

Barcelona akan beraksi dalam La Liga dengan Rayo Vallecano pada hari Ahad.


No comments:

Post a Comment