Wednesday, April 11, 2012

Kelantan belasah Arema


                                                     ***foto kredit kepada J Photography


Kelantan berjaya mempamerkan aksi terbaik mereka dalam saingan Piala AFC setelah menewaskan Arema FC di Stadium Gajayana petang semalam. Kelantan turun selaku pasukan pelawat mendahului tuan rumah seawal minit ke 15 setelah Muhammad Ghaddar dijatuhkan oleh pertahanan Arema ketika beliau menerima hantaran cantik oleh Zamri Ramli. Ghaddar tidak mensia-siakan peluang yang terhidang untuk menjarakkan kedudukan 1-0.


Kelebihan satu gol yang dimiliki Kelantan tidak bertahan lama apabila Roman Chamelo menjaringkan gol pertama Arema melalui tandukan hasil hantaran Legimin sekali gus mengikat Kelantan 1-1 sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.


Bersambung babak kedua, Arema lebih banyak menyerang ke kubu Kelantan namun kekebalan penjaga gol, Mohd Shahrizan Ismail wajar dipuji kerana mempamerkan aksi yang sangat cemerlang apabila berjaya menggagal setiap percubaan tepat yang dilakukan oleh penyerang Arema.


Beraksi dengan kelebihan seorang pemain digunakan sepenuhnnya oleh Kelantan setelah pemain Arema dilayangkan kad kuning kedua seterusnya menerima kad merah kerana mengasari pemain Kelantan. Penyerang Import Kelantan dari Lubnan, Ghaddar menjaringkan gol kedua peribadinya setelah melepasi empat pertahanan Arema dan terus menjaringkan gol cantik menewaskan penjaga gol Arema, Romanovs.


Ghaddar hampir mejaringkan dua gol lagi selepas itu namun ketangkasan penjaga gol Arema itu berjaya menidakkannya. Arema juga hampir menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan percuma dan larian solo serta situasi bola muntah tetapi Shahrizan menafikan untuk Arema menjaringkan gol penyamaan.


Ketika perlawanan hampir tamat, Zamri Ramli mengukuhkan kedudukan dengan menjaringkan gol ketiga Kelantan setelah menerima hantaran lintang dalam kotak penalti oleh Indra Putra Mahyuddin. Zamri Ramli menjadi pemain dari Kelantan yang pertama menjaringkan gol dalam saingan Piala AFC 2012. Kemenangan tersebut menyaksikan Kelantan berkongsi mata dengan Navibank Saigon yang hanya dipisahkan dengan gol bolos.



#SYABAS KELANTAN#

No comments:

Post a Comment