Saturday, April 14, 2012

Ranking Jatuh Lagi, FAM Tidak Panik.....???



Ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menunjukkan ranking Malaysia jatuh empat dan menghuni tangga ke 156 dunia. Senarai terbaru itu menyaksikan skuad Harimau Malaya berada pada kedudukan lebih rendah berbanding negara kurang maju seperti Bangladesh 152 dan Nepal 146. Selain itu, negara Palestin yang kita kenali sebagai negara yang bergolak dan kurang kemudahan asas bola sepak itu mampu menghuni tangga ke 153 dunia.



Laporan media menyebut skuad Harimau Malaya mencecah ranking terburuk apabila kini berada pada kedudukan ke-156 selepas jatuh empat anak tangga.Kedudukan tersebut disifatkan sebagai paling buruk berbanding kedudukan ke-148 Januari lalu, 150 pada Februari dan 152 bulan lepas.


Komen yang dibuat oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad semalam menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak.

 "Ranking Fifa adalah suatu perkara yang sangat teknikal dari segi perkiraan. Ia juga tidak ketara (kedudukan) berbanding pada 2007 dengan Malaysia ketika itu melebihi ranking 170. Namun kami sudah membuat perancangan untuk mengadakan perlawanan berstatus ‘A’".

"Selain menentang Sri Lanka (hujung bulan ini), kami juga berusaha mendapatkan Iraq. Malah Filipina turut mahukan perlawanan timbal balik namun tarikh akhir masih belum diputuskan kerana kita meminta 1 Jun berbanding 8 Jun yang mereka mahukan sedangkan ketika itu skuad negara menentang Singapura," kata Azzuddin.


Manakala Pengurus Skuad Kebangsaaan, Datuk Seri Subahan Kamal pula menyebut,

"Sepanyol di nombor satu dunia, namun mereka tidak semestinya terbaik. Malah Indonesia, Thailand, Vietnam pernah tewas kepada Malaysia namun ranking mereka lebih tinggi berbanding kita.


“Walaupun ranking jatuh kami yakin mampu mempertahan Piala AFF. Bukan kita tidak mahu menentang pasukan hebat namun jadual liga kita padat dengan aksi menentang Sri Lanka juga kita tidak boleh menurunkan barisan terbaik," katanya.


Apa yang diperkatakan oleh kedua-dua pegawai FAM itu lantas mendapat respon daripada Tan Sri Annuar Musa melalui laman sosial facebook miliknya berkata,




Manakala berikut adalah senarai ranking terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA Rabu lalu.







Pada pendapat penulis, ranking yang dikeluarkan oleh FIFA sangat penting kerana FAM ialah sebuah badan
yang bernaung di bawah FIFA. Jika kita tidak mementingkan ranking, bagaimana pasukan yang menduduki ranking top 50 dunia mahu bermain bersama kita dalam perlawanan persahabatan kerana mereka akan menganggap Malaysia yang menghuni ranking 156 dunia itu bukan lawan yang sebenar untuk mereka bermain.







FAM juga harus bersikap terbuka dalam setiap aspek terutamanya setiap kritikan yang dilontarkan oleh bekas-bekas pemain, jurulatih dan pegawai FAM sendiri kerana setiap kritikan itu mampu memberi suntikan semangat dan masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya bersedia untuk menghadapi perlawanan-perlawanan bertaraf antarabangsa pada masa akan datang.





#REVOLUSIKAN KEPIMPINAN FAM#

No comments:

Post a Comment